TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Move On-lah~

Apa yang perit bila putus cinta?..tentu sekali melupakan orang yang kita "pernah" sayang. Memang tak dinafikan, payah nak buat keputusan. Tapi demi kebaikan "dia" dan diri sendiri, ambil jalan yang terbaik. Kalau "dia" dah berdiam diri, berhentilah berharap. Bukan kerana hati dah tak sayang, tapi "diam" tu buat hati makin sakit. Lebih baik jaga hati sendiri sebab "dia" dah tunjukkan "dia" dah takde hati. 

Walaupun memutuskan itu senang, kau sedar melupakan itu susah. Macam soalan Add Math, kau tak tahu mana datang nombor tu tapi kau dah kata susah...sedarkan tak, yang percintaan tu, macam kita buat soalan kira-kira. Kau sedar soalan Math tu susah, tapi sekali kau cuba jawab, mesti kau dapat punya!. Gerenti dapat sebab dah belajar baik-baik. Hahhhh, macam tu lah melupakan orang yang kita pernah sayang. (sampai sekarang, masih tertanya..dari mana datang titik perpuluhan)

Kau percaya, kalau kita teringatkan seseorang, waktu tu dia mesti sedang ingat kat kita?!.JANGAN PERCAYA, boleh tak?!...sebab kalau dia ingat kat ngko, lama dulu dia akan mesej ko, call ko....dah, gi amik air sebaldi buat siram diri sendiri, biar sedar sendiri. Paam dak ne?!.

Kau percaya cakap kawan kau yang cakap kawan dia pesan suh jaga dia baik-baik sebab kawan dia tak pernah nampak dia serius dengan mana-mana perempuan kecuali dengan kau. Ngko jangan mudah percaya cakap kawan, boleh tak?!.Mungkin tak cukup sebaldi air buat siram, kau perlu setangki air kan?!...dah, cakap kawan kau amik sikit-sikit sebab dia tak pernah cakap apa pun, jangankan cakap, tunjuk pun tidak. Dah, gi sapu airmata ngko, buat semak daku tengok!!






'ngko MOVE ON aje, senang cerita.
sebab orang yang sayang kau, dia akan cari kau sampai dia dapat.
Bukan cari kau bila perlu...dan diam bila tak perlu.
Move On dari semua kenangan, boleh?!

Hadiah Untuk Lelaki

Kalau cari hadiah untuk perempuan, macam-macam dalam fikiran kan?!..Ala, perempuan memang terima apa pun yang lelaki berikan...contoh, bagi bunga, bagi coklat, bagi handbag, bagi minyak wangi, bagi telekung....kan, the list is on going.Macam-macam hadiah boleh bagi...tapi, bila fikir bab bagi hadiah kat lelaki, perempuan jadi BLANK, tak tahu nak bagi apa.Meh nak listkan korang, hadiah apa nak bagi kat ayah, abang, adik lelaki, suami, tunang atau boyfriend korang!!!.

1. Jam Tangan - Ramai yang cakap, kalau bagi jam tangan, tu tandanya, kita nak lelaki tu ingat kita selalu seperti mana dia selalu tengok jam....(patut bagi ex-boyfriend tu jam tangan lah, supaya dia ingat kat eca selalu kan..takdelah daku rasa macam orang single & available even ada BF!!!)

2. Wallet  - Lelaki ne antara golongan yang tak fikir pasal wallet. Kalau ada, adalah tuk dorang simpan duit. As long as dorang dapat simpan ic, lesen, segala kad & duit, tak kisah lah camna rupa wallet tu, pasti lelaki akan guna sampai rosak.Memang padan sangat perempuan hadiahkan lelaki, wallet.

3. Tali Pinggang - Lelaki suka pakai tali pinggang.Selain buat rasa selesa pakai seluar, dorang rasa tambah macho...Pastu, lelaki suka letak tali pinggang dorang sembarangan tempat...Bila da letak sana-sini, mula lah tak jumpa bila nak pakai kan?!...Memang patut beli banyak-banyak bagi kat dorang. 

4. Tie - Kalau lelaki bekerja pejabat, amat wajarlah hadiahkan tie.Walaupun dorang mungkin "jarang pakai" tie tu, tapi sesekali nak pakai, mesti kena sesuaikan dengan baju kan?!..SO, tambahlah tak salah hadiahkan tie.
 - Lagi Jimat, Hadiahkan je lah set wallet, tali pinggang & tie tu.Kan senang =)

5. Kain Sarung - Ramai lelaki dorang selesa berkain sarung samaada kat rumah atau nak p berjemaah kat Masjid...Takkan hari-hari nak recycle kain yang sama kan.Walaupun sifat lelaki ne sifatnya "recycle" ataupun "pakai selagi tak berbau busuk", hadiahkan kain sarung boleh buat dorang happy jugak tu.Sebabnya, takdelah hari-hari nak recycle pakai kain sarung yang sama kan?!.

6. Helmet - Kalau si lelaki tu bawak motor, hadiahkan lah helmet.Sebagai tanda, korang nak dia sentiasa selamat dalam perjalanan gitu!..baru nampak sangat "caring" korang tu.

7. Gadget - Kalau terlebih mampu, tak salah hadiahkan si lelaki gadget terkini. Kalau dorang dah ada smartphone, hadiahkan pulak tablet. Senang sikit si lelaki tu nak main C.O.C kan?!...(kalau tak mampu, apa kata, hadiahkan casing smartphone je lah~)

8. Buku - Tak ramai lelaki suka membaca..tapi kalau kena dengan minat mereka...komfirm dorang membaca. Contohnya, lelaki tu suka bidang permotoran, hadiahkan dorang buku berkaitan permotoran gitu~...nampaklah korang tahu minat mereka kan?!

so, senang dah fikir nak hadiahkan apa buat si jejaka idaman korang kan?!...Kadang-kadang lelaki ne, tak kisah pun korang nak hadiahkan apa je barangan, mereka tentu suka...*eh, yeke~*

suprise bagi "dia" dulu..hadiah Hari Guru konon~ (yang penting dia HAPPY)