TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

jadi bila nak kahwin?!

Assalammualaikum cinta~
sekarang kan musim panas, nasib baik ada juga hujan turun semalam tapi kadang-kadang tetap panas juga sebab menjawab mulut-mulut-mulut orang bertanyakan soalan cepu emas!..."Bila nak kahwin?","Cepatlah kahwin!"..korang yang tanya tu, bawak bersabar oke?!...relax minum-minum greentea sambil pekena pisang goreng dulu.

Eca kadang-kadang pantang juga bercakap pasal kahwin!!!..Even my parents sendiri tak bercakap pasal tu...dulu before habis master, ada juga mama tanya tapi eca angin-anginkan soalan tu walaupun masa tu tengah bercinta dengan classmate. Lepas habis master, mama tanya lagi tapi diam-diam sebab masa tu dah takde apa-apa.hikhikhik....

Few months after convo pulakkkk, bapa tanya, "Bila nak sambung phd?!!!"...dan dan tu jugak eca tercenggang. MakPak orang lain sibuk tanya anak dia bila nak kawen, dah ada calon ke belum, nak dicarikan ke apa...mama dan bapa eca lain. Setiap kali parents datang rumah atau eca balik kampung, soalan tu akan keluar dari mulut bapa...penat menyiapkan thesis tak hilang gi, terngiang-ngiang proposal kena buat semula, teringat-ingat lapar masa jumpa supervisior....uwaaaa, eca tak sedia lagi amik PhD.....yang eca tahu, sekarang nak kumpul duit tuk next travel!!!!

tapi kan, sapalah taknak kahwin ke...cuma sekarang belum sampai JODOH..So, sementara kita tunggu JODOH yang masih sesat sampai...jom siapkan diri sendiri ke arah sebuah perkahwinan.



p/s : Sebenarnya, tiap kali orang tanya bila kau nak kahwin kat eca...eca macam nak tanya je dia balik, bila ko nak mampus?!....tapi, tue lahhh, kejam pulak jadinya!..hahaha~

Hari Sarapan MILO Malaysia 2016 di Kota Kinabalu.

Assalammualaikum.
Ahad lepas (17 April 2016), eca luangkan masa pagi untuk bersama-sama warga KK bersarapan bersama MILO di Taman Awam Teluk Likas. eca gerak dari rumah kul 7.30pagi dan sesampai kat sana, PARKING FULL tepi jalan nasib baik dapat jugaklah parking. Bila sampai sana, acara dah lama bermula...Masa eca sampai, dah mula acara Zumba. memang meriah sungguh tau. Eca sendiri tak sangka orang-orang KK ne sporting untuk sama-sama berZUMBA...Kalau korang nak tahu, pengunjung acara Sarapan Bersama MILO ini hampir 2,500 orang walaupun acara ini dijalankan buat kali pertamanya di Sabah.

zumba @ Hari Sarapan Malaysia bersama MILO.
Selain dari acara Zumba, banyak acara lain tau....Untuk pengetahuan korang, pagi tu eca memang tak sempat nak sarapan cuma sempat minum air putih je...Nasib baik sampai sana disediakan makanan dan minuman MILO secara percuma....Kalau hari bekerja, eca memang kena ambik sarapan. Kalau tak sarapan, alamatnya korang akan dengar bunyi rengekan kelaparan eca sepanjang pagi tu. Kadang-kadang tu, eca nampak students tak bertenaga...Konfirm dorang ne tak ambil sarapan pagi...sebabnya badan kita akan kehilangan 80% tenaga semasa tidur.So, pengambilan sarapan pagi adalah WAJIB agar dapat menggantikan kembali tenaga yang hilang. That's why lah selalu nampak students tak bertenaga setiap pagi sebab dorang selalu skip sarapan pagi. Lepas ne, kena nasihatkan dorang supaya minum MILO je, konfirm dapat tenaga semula sebabnya MILO kini tampil dengan formula Activ-Go yang terdiri daripada PROTOMALT dan nisbah mikronutrien yang sempurna yang mana membantu memberikan tenaga yang optimum, mengurangkan keletihan dan  menyokong fungsi tubuh pada awal pagi.

minum MILO anda jadi Kuat & Sihat!....*trademark MILO*

Selain bersarapan secara percuma dan berzumba, banyak lagi aktiviti lain tau..Pengunjung juga boleh bersantai di bawah khemah yang disediakan..siap kena bagi tikar MILO tauuuu~.Memang aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga dihujung minggu....jom layan gambar pulak :




Geo Allen George (Pakar Nutrisi) dan Vannesa Lim (Pengurus Besar MILO) yang berkongsi maklumat mengenai khasiat MILO dan kepentingan Pengambilan Sarapan pagi.

Hari Sarapan Malaysia 2016 di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk pengetahuan anda, Milo kini menjelajah ke 7 tempat untuk mengajak rakyat Malaysia bersarapan bersama-sama disamping mendidik rakyat Malaysia betapa pentingnya mengambil sarapan. Melaka merupakan lokasi pertama jelajah Hari Sarapan MILO pada 27 Mac diikuti Kuantan pada 10 April dan Kota Kinabalu pada 17 April...Lepas ne jelajah Hari Sarapan MILO diteruskan ke :
  • Perbadanan Pasir Gudang, Johor (23 April)
  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (15 Mei)
  • Padang Merdeka Kuching, Sarawak (22 Mei)
  • Komplek Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya (29 Mei)

So, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari www.milo.com.my =)

Bukti KEHADIRAN Blogger sebagai tanda sokongan kepada Hari Sarapan MILO.