Hari Guru 2016

Hari Guru 2016

Assalammualaikum.
ohyeah, semalam sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia....firstly, nak ucap kat diri sendiri.."Selamat Hari Guru Miss Asha!!!"..tahniah kerana masih lagi bertabah mendidik anak bangsa....macam tu lah bila rasa macam takde orang nak wish kita, jadi wish diri sendirikkkkk.

ehhh, jap..sapa kata takde wish?!..ada je students yang ingat semalam adalah hari guru.Awal pagi dapat wish bukan setakat dari students & ex-students. Malah dari ex-boss (eca dulu keje pusat tuisyen), families & para skandals (eh!) pun wish...terharu, ada yang awal pagi wish, ada yang kena paksa wish.....dan untuk pengetahuan korang, tahun ne kat tempat kerja eca..takde sambutan hari guru. Takpe nak oi, students sibuk exam (pelajar KV) dan lagi 3minggu students eca (pelajar SKM) nak exam...Apa ada hal, cikgu sambut sendirikk je lah!


hidup sebagai 'cikgu' kat ILP Kota Kinabalu tak sama dengan cikgu kat luar. Memang yer, kami mengajar dan mendidik tapi dengan masa kerja yang amat panjang berbanding cikgu-cikgu lain, cabarannya masih sama lagi....sekali lagi, TAHNIAH sebab bertabah menghadapi karenah para pelajar Miss Asha. Kadang-kadang penat tau jadik cikgu tu.Sebab dalam masa sama bukan takat jadik cikgu, kita juga jadik Kaunselor, jadik Kakak/Mak pelajar ne, jadik supplier pen, jadik pelerai pergaduhan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang tu, sangat penat sampaikan balik dari kelas, tak dan nak angkat kepala, tak dan nak buat keja apa...sebab kat kelas totally PENAT otak & badan especially hari Isnin, Selasa & Khamis...kelas eca fulll tau dan bila ada orang komplen cakap, "Isnin baru ne takkan penat..buat keja tu!!!"..they are not in our shoes and stop complaining about us..dah marah sampai tersepeking londonggggg Miss Asha ne.Dan sesungguhnya orang-orang macam ne, takyah layan sangatlah, buat penat!...ihiksss

Ada orang tanya eca, "Penat pun kerja kan?!"..yer, sudah menjadi cita-cita sejak kecil nak jadi cikgu kan?!..so mau tak mau, berbaktilah walau tak dipuji gitu!.Walaupun penat, bila berdepan dengan students yang banyak bertanya even banyak main, itu sangat-sangat buat hati banyak senang. Happy je walau kadang-kadang menyampah noks oi dengan dorang tapi my students know how to tackle me back to the track. Terima Kasih Pelajar-pelajar ILP Kota Kinabalu sebab  redha jadik students Miss Asha yang comel tapi garang ne. Terima Kasih nakkk oi!

dengan dua budak bila masuk kelas TPM, dorang dua akan jadi zirafah tengok kalau Miss Asha ada bawak makanan!.

Hadiah hari guru terindah tahun ne?!..Bila eca bergurau dengan pelajar Elektrik Sem4 mintak hadiah dari dorang dan sorang budak nama Ameerul ne tetiba cakap, "Miss, tiada hadiah ne tapi Terima Kasih Miss a jadi miss kami, ajar kami...terima kasih miss aaaaa"...ia lebih bernilai dari apa-apa hadiah pun bila ada orang menghargai kita.Betul tak?!...

So, sebelum tahun 2016 berakhir, eca nak wish Selamat Hari Guru 2016. 
Guru Pembina Negara Bangsa dan berkhidmatlah selagi kita diperlukan.~

love,
Miss Asha yang comel tapi garang.
rawrrrrrr~


Post a Comment

3 Comments

  1. slmt hari guru eca..

    xsgka lama juga kenal eca dlm alam maya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      Thank You Yuiiii.
      aah mcm xsangka je kannnn lama dah kenal!
      Nanti eca gi Perak, wajib jumpa dah neyh~

      Delete
  2. hyeee...singgah sini..hehehe..comel blog..rasa rindu pula lama tak blogwalking ^_^

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*