TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Sanggar Peppek a.k.a Pisang Penyet.

Assalammualaikum.
eca bab masak bukan nombor satu tapi kalau diri tu kepingin dahhh, laju je cari bahan & masak!....Konfirm bukan pilihan bakal-mak-mertua tuk dijadikan menantu. Pemalas kemainnn tapi bila bakal-mak-mertua dah rasa sanggar pepek & sambal belacan eca, perghhh, dan2 nak jadikan menantu..#ehhh?!.

sanggar pepek atau senang korang panggil pisang penyet ne makanan suku kaum Bugis. Dulu masa study degree, eca duk serumah dengan orang Bugis...dari situlah pandai makan. Pastu dulu ada satu restoran kat Alamesra jual sanggar pepek ne tapi dah tutup. Makanya, kita buat sendiri lah ikut anak tekak!...

Bahan-bahan :
Pisang (yang masih hijau tauu!)
Minyak Masak
Belacan *
Bawang Putih + Bawang Merah *
Tomato *
Cili Padi *
Gula + Garam *
*Bahan untuk buat sambal belacan.

Cara memasak :
1. Blend bahan-bahan tuk buat sambal.
2. Siap blend, boleh tumis ikut kesesuaian korang. Agak-agak dah masak semua, rasa pun dah cukup..boleh angkat & ketepikan.
3. Panaskan minyak sambil kupas kulit pisang.
4. Agak dah panas, pisang sebiji-sebiji masukkan ke dalam minyak panas.
5. Agak dah kekuning-kuningan pisang tu, keluarkan.
6. Lepastu, gunakan lesung tuk penyet-penyetkan pisaang tu supaya jadi melebar. (korang tumbuk-tumbuk je, takyah nak guling-gulingkan sangat!)
7. Then, masukkan kembali ke dalam minyak panas tadi & goreng sehingga garing.
8. Bila dah garing, boleh angkat & nikmati pisang penyet koraang dengan sambal belacan + secawan kopi.




nyummm, weekend ne kalau free nak buat lagi aaaaaa.
korang try lah dulu buat yer~
nanti khabar kat eca apa rasany ^-^