TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

MUSLIMAH WEAR FOR EID MUBARAK

MUSLIMAH WEAR FOR EID MUBARAK. | Assalammualaikum & Salam Ramadhan, dalam tak sedar minggu hadapan kita dah beraya. Persiapan korang dah siap belum?!..Kalau korang ikut Eca, satu minggu satu benda baru Eca lengkapkan. Tapi sampai sekarang kan, tak selesai lagi part pakaian, typicall woman memilih betul kot tu pasal sampai sekarang tak settle lagik =.=”

untuk raya, Eca mencari “Muslimah Wear” sebabnya nak matchingkan baju & tudung..kalau boleh pakej beg dan kasut. Perempuan kan, biasalah?!..hehehe. Bila Eca cakap mengenai “Muslimah Wear”, apa yang Eca bayangkan adalah :

 


Dress yang cantik dan tentunya akan membuatkan si pemakai tampil lagi menarik dihari raya nanti. Muslimah Wear kenalah lengkap dengan hijab pilihan yang sepadan dengan dress kan, pilihan Eca :


Bawal atau Square Scarf yang bercorak mampu menaikkan seri. Bawal kini boleh digayakan dengan pelbagai cara terpulang kepada kreativiti si pemakai. Tapi, as a woman, kena ada backup hijab. Bukan apa, kita baru sampai dari beraya, dah buka hijab tetiba ada orang datang beraya rumah kita kan…alamak, nak pakai semula tudung pun dah kusut. Maka, backup hijab haruslah yang simple dan segera. Maka, Eca lebih gemar jika ada Instant Shawl terutamanya dari Fareeda ne :



Amacam dengan pilihan Eca, sesuai tak dengan gaya ringkas tapi elegen bagi seseorang muslimah? Ohya, Muslimah Wear bukan sahaja perlu pakai dress..malah jika korang masi berjinak-jinak untuk mempelbagaikan fesyen, boleh cuba aplikasikan skirt + tops yang cantic, ataupun gunakan pants seperti palazzo digayakan dengan tops bercorak mahupun plain. Manakala, hijab yang dipilih harus disesuaikan.

Eca kongsikan TIPS MENGGAYAKAN MUSLIMAH WEAR di Musim Perayaan :
1. Pilihan jenis fabrik haruslah yang tidak panas agar kita sentiasa selesa.
2. Pilih saiz yang mengikut bentuk tubuh agar kelihatan lebih menarik tapi jangan sampai mencolok mata orang lain.
3. Rona warna biarlah sesuai dengan kulit wajah.
4. Jika baju anda sudah bercorak, pilihlah hijab yang plain. Begitu juga sebaliknya. (Jangan jadi taman bunga uollsss, baju nak berbunga, hijab pun berbunga)

Since Ramadan berbaki beberapa hari je lagi, jangan pula lengah-lengahkan cari Muslimah Wear untuk digayakan dihari raya. Baru tampil menarik kan? Kot-kot lah bertemu jodoh hari di hari raya (eh, cakap diri sendiri ke tu eca oi!)

till next entry!
xoxo, ecadwinkyasha.

KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment Set

KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment | Assalammualaikum & Salam Ramadhan…syukur dah 14hari berpuasa kan? Sepanjang berpuasa ni, alhamdulillah tak banyak sangat dugaan tapi bibir eca kerap kering dan merekah. Yelahhh, kita kan kurang minum air agak dehidrasi sikit kiranya. Paling tak best, bila berbuka minum air banyak-banyak dan makan banyak-banyak kadang-kadang sisa tu tertinggal kat bibir (kes gelojohhh ne!)

Collaboration Secret of Borneo & Sabahan Blogger
KOKOA BAH! : Cocoa Butter Lip Treatment Set & Cocoa Butter Soap n Scrub

nasib Eca diperkenalkan dengan produk KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment ni. Alhamdulillah, selepas beberapa hari guna, bibir Eca rasa makin seksi…dok selfie pun “si dia” komen bibir makin cerah. Dia tak tahu Eca sendiri geram dengan bibir  sendiri sebab makin halusssss. Mari Eca kenalkan korang dengan KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment.

Cocoa Butter Lip Treatment Set
Cocoa Butter Lip Treatment Set 

Cocoa Butter Lip Treatment adalah satu rangkaian produk yang terdiri daripada scrub, conditioner dan butter yang mana dirumuskhas untuk BIBIR kita. Selalu dengar scrub muka, scrub badan, conditioner rambut….jarangkan dengan penjagaan bibir kecuali penggunaan lip balm or Vaseline. Jangan risau, kini BIBIR kita turut boleh dimanjai dengan KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment.
                                                     
Set Cocoa Butter Lip Treatment terdiri daripada :

1. Cocoa Butter Lip Scrub
Cocoa Butter Lip Scrub ini kita gunakan untuk menghilangkan kekeringan bibir, rekahan pada bibir, elakkan bibir hitam dan setiap penggunaan scrub ini perlu diikuti dengan lip butter bagi elakkan bibir menjadi kering.
CARA PENGGUNAAN :
- Letakkan scrub pada bibir anda menggunakan jari-jemari
- Kemudian, sapukan scrub tersebut pada bibir sehingga anda berpuas hati.
- Akhir sekali, lap dengan menggunakan tisu kering (jangan gunakan air ataupun tisu basah kerana dikhuatiri bibir anda akan terlalu berminyak)

2. Overnight Lip Conditioner
Overnight Lip Conditioner pula kita gunakan sebelum tidur agar bibir kekal lembab. Antara ramuan utama Overnight Lip Conditioner ini ialah mentega koko, minyak almond dan Vitamin E namun begitu jangan risau kerana tiada pewarna tambahan digunakan.
CARA PENGGUNAAN :
- Gunakan selepas anda scrub bibir dan sapu bersih bekas scrub.
- Tinggalkan semalaman pada bibir.
- Gunakan setiap hari untuk kesan lebih menarik.


3. Cocoa Lip Butter
Cocoa Lip Butter pula kita gunakan di siang hari. Ramuan utama adalah sama seperti Overnight Lip Conditioner cuma ditambah dengan serbuk koko untuk menaikkan warna. Takyah risau, walaupun ianya berwarna coklat, tidak akan meninggalkan kesan pada bibir kamu.
CARA PENGGUNAAN :
- Gunakan selepas penggunaan Cocoa Lip Butter Conditioner
- Boleh digunakan setiap hari tanpa mengira waktu untuk menghasilkan bibir yang lebih lembut.
Cocoa Butter Lip Scrub
tengah scrub bibir pastu rasa lembut jakkk!

Selepas gunakan beberapa hari, tetiba rasa bibir makin lembut. Lebih-lebih lagi pada bulan puasa ne kan, tidaklah bibir kering sepanjang hari. Makin suka pulakkk kita, lepas ne boleh repeat order gituuu tambahan pulak harga bagi treatment set ini agak murah & mampu milik. Harga satu set Cocoa Butter Lip Treatment ialah RM38 sahaja. Manakala kalau nak beli secara berasingan, korang boleh beli dengan harga RM15/setiap barangan. Mampu milik kan?!...so, korang takyah fikir panjang tau. Meh sini Eca gitau korang dimana boleh dapatkan set KOKOA BAH! Cocoa Butter Lip Treatment.

KOKOA BAH! by Secret of Borneo
Whatsapp : 0195894930 (Nancy)

Jangan ragu-ragu tau, sebabnya produk dalam set ini TIADA BAHAN TERLARANG. Apatah lagi, ia adalah “homemade” yang dibuat dengan penuh kesungguhan ditambah rasa kasih sayang untuk semua pengguna dan bakal pengguna… Ohya, untuk pengetahuan korang, produk Cocoa Butter Lip Treatment ini merupakan produk dari SABAH tau! eh bangga pulak Eca as Sabahan dan telah cuba produk Sabah sendiri. hah, Eca dah cuba, sekarang giliran korang pulak ya!

Till next entry!
xoxo, ecadwinkyasha.

Althea's Raya Giveaway Festival

Althea's Raya Giveaway Festival | Assalammualaikum & Salam Ramadhan. sedar tak sedar, Ramadhan berbaki lebih kurang 3 minggu sahaja lagi. Tentu sudah sibuk dengan persediaan Raya kan, especially bagi mereka yang punya anak kecil. eh eh, wanita bujang macam Eca turut tak ketinggalan tau .Untuk persediaan Raya kali ini, sangat-sangat simple dan Eca sendiri telah buat persediaan raya dari dulu lagi. Kemain orang bujang buat persiapan raya kan walaupun hakikatnya Eca just hantar kain kat tailor je pun. Kasut baru beli semalam, handbag baru nak gi cari, make-up????...uwaaa, diri ini baru menyedari make-upku dah hampir habis. Nangis bucu katil mengenang make-up hampir habis tapiiii TAK JADI, sebab Eca ada Althea tau~

eh, apa tu Althea?
Althea adala satu website yang menjual barangan kecantikan dari Korea terus ke depan pintu anda. Mudahnya shopping online kan?..Apatah lagi bila produk dari Korea yang terbukti keberkesanannya ke atas wajah kita.Bukan tu sahaja, banyak brand lain turut di jual di Althea Malaysia antaranya dari The Faceshop, IOPE, 

antara kelebihan Althea yang tiada di online shopping yang lain ialah Penghantaran Percuma bagi Pembelian RM99 ke atas, bukan tu sahaja tau, sekarang ini Althea sedang menganjurkan Raya Giveaway Festival.


Bagi setiap pembelian bersempena dengan Raya Giveaway Festival ini, pembeli akan diberikan hadiah percuma. hah, boleh beli banyak pastu dapat lagi hadiah percuma, INDAHNYA HARI RAYA!!.eh eh eh~


Bukan tu sahaja, setiap pembelian akan didatangkan sekali dengan Limited Edition Ramadan Box yang tampil dengan rona warna pastel. Cantik je kotaknya tau..bagi sesiapa yang gemar mengumpul kotak, jom lah terus ke Althea di hujung jari anda tu..KITA SHOPPING!!

INFO : Althea kini berada di hujung jari anda. Sila muat turun Apps Althea di telefon pintar anda kerana ianya bukan sahaja disediakan untuk pengguna Android, malah pengguna iOS juga.


kalau korang nak tahu lebih pasal Althea, jom lawati :
Website : http://my.althea.kr


till next entry ya! 
eca nak shopping kat Althea dulu.
xoxo , ecadwinkyasha