TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Penantian Berakhir Selepas 5tahun.

Assalammualaikum sayang-sayang saya :)
Disebabkan hari ini hari terakhir bekerja sebelum bermula cuti sekolah, eca nak share berita gembira. Biasalah dak Eca, kalau berita gembira memang nak share ja kat sini buat tatapan di "hari tua". Ohyeah, penantian selepas LIMA tahun akhirnya berakhir eh eh tak lah berakhir sangat tapi kita nantikan step seterusnya dengan penuh sabar. Berita gembira apa tu?..tengok gambar di bawah ini yer :



Bagi pengikut Eca di media sosial, mesti tahu Eca dah graduat sejak tahun 2013 lepas tu Eca sambung Master sampai graduat pada tahun 2015. Habis jak study ijazah sarjana muda, Eca terus kerja kat Ceria Educational Development. Tahun 2014, Eca ditawarkan jawatan pensyarah di Kolej Vokasional ILPKK tapi penghujung tahun 2016, kontrak Eca ditamatkan atas alasan subjek akademik di ILP telah dimansuhkan....


Masa tu, bermula hidup macam dulu. Hantar resume sana-sini dan akhirnya dipanggil temuduga di tempat kerja sekarang. Bila dah beberapa bulan kerja, rasa nak buka pusat tuisyen sendiri pulak!..Memang pernah bercita-cita nak buka pusat tuisyen sendiri tapi pengalaman tu kurang lagi. So, Eca pun kata bersabar dulu kumpul pengalaman dulu, ada rezeki hujung tahun ini nak buka.

Tetiba, bulan Ogos lalu, heboh lagi temuduga Guru Interim Negeri Sabah bagi major English & Kaunseling...tahun lalu, Eca ada ikuti temuduga ini secara walk-in tapi tak berjaya. Kenapa walk-in?..sebab nama Eca tiada dalam senarai temuduga tu. Tapi, bila dorang cakap boleh walk-in interview, Eca pun pergilah cuba tapi tak berjaya. SEDIH oi masa tu, apa tak  member-member sekelas ramai yang dapat (pointer aku tinggi kot masa tu!, tapi yela Siapa Kita Untuk Menidakkan Rezeki Allah).  Tahun ini pulak, sekali lagi nama Eca takde dalam senarai. 

NAK NANGIS oke?!...serius, cakap kat diri sendiri!..Apa yang tak kena? Apa salah kali ini?..So, atas bantuan kawan Eca & suaminya, Eca jumpa dengan Encik Idris (Pegawai yang urus pengambilan Interim)...Tau tak, masa tu Eca gitau apa yang terjadi. Bila pegawai tu buat semakan, rupanya MAJOR Eca dalam senarai graduan pendidikan ialah Sastera & Pengajian Media. *again, rasa nak nangis!*...Nasib masih sempat untuk dimasukkan nama untuk ikut temuduga...dan pada 17th Ogos 2017 Eca telah ikut temuduga yang bertempat di IPG Kent Tuaran (Kampus Lama). 

Sebenarnya, tak berharap sangat takut kecewa macam dulu. Eca takpe tak kisah, tapi bila fikirkan parents Eca...pengorbanan mereka sejak Eca study, tu yang kuatkan semangat Eca. Alhamdulillah, bila terima berita gembira ini...parents Eca adalah orang pertama yang tahu....bila fikirkan semula, kalau tidak kerana parents Eca, takdak lah Eca disini.  So, here I am. SMK Tagasan, Semporna 322km ++ away from home. 

eh, apa kaitan gambar ne?..hahaha~

the interimtagasan mate. 


Last but not least, HAPPY HOLIDAY TEACHERs!
see you once again next year =)

till next entry,
xoxo : ecadwinkyasha~

Download Movie melalui Telegram

Download Movie melalui Telegram | Assalammualaikum semua!.Hari ini Eca nak ajar korang bagaimana nak download movie melalui telegram. Lebih mudah dan cepat nak download. Korang boleh pilih samaada hendak download menggunakan telefon pintar mahupun melalui komputer. 


Muatturun Telegram dari Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messenger&hl=en atau korang yang dah ada telegram tu, boleh buka Telegram Web : https://web.telegram.org/#/im

dah buka?..jom kita mulakan kelas download movie ye murid-murid sekalian. Baca elok-elok kalau tak faham sila tanya yer.

1st, korang kena cari group atau channel untuk download movie. Eca listkan dibawah ini beberapa yang korang boleh join. Buka group-group tu dan klik JOIN supaya korang akan sentiasa update dengan movie-movie terbaru.

@Faibersgate@FaibersMovieChannel@FaibersAnimeChannel @MusicSharingChannel@AhmadFaibersChannel@SSMOfficial@KoreanMovie@PencuriMovie@lubokvideo

Selepas dah JOIN, cariklah movie yang korang nak tu. Gunakan fungsi carian (SEARCH) - Taip tajuk movie/drama - kalau dah jumpa, korang klik pada tulisan Download. Mari Eca tunjukkan gambar dibawah ne yerr ::


Kalau nampak "anak panah" macam tu, korang terus klik tuk download. Pastu, movie tu akan terus download untuk korang. Camna nak tahu dah selesai download?..tengok pulak gambar di bawah ni ::


Nampak tak yang kat atas tu masih ada tanda X dan tepi ada titik putih tu?..hah, tu tanda movie korang masih dimuatturun (download). Bila da selesai download, akan keluar bentuk macam kat bawah tu, ala-ala icon document. tu tanda dah selesai yer.

Bila dah selesai download, korang boleh menonton movie...eh eh, untuk tonton movie yang korang muatturun tu kadang-kadang tak boleh buka kat Windows Media Player (guna komputer), Eca cadangkan korang tonton menggunakan VLC. Untuk tonton menggunakan telefon pintar juga boleh. As long as korang ada applikasi video atau boleh muatturun aplikasi VLC di playstore.Pastu kan, bila dah download movie banyak-banyak mesti confuse nak cari kat mana hasil download tu?..meh Eca ajar yerrr. 

1. Guna Komputer : Cari kat folder Download ja atau tekan Ctrl+J terus tengok kat situ.
2. Guna Telepon Pintar : Cari File Manager/My Files - cari folder Telegram. 

so, dah selesai tutorial kita ne. Korang boleh cuba dah terus download movie atau drama yang korang nak tengok. Last weekend, gigih tau download 8 episod Drama Black kat telegram tu. Gigih juga habiskan tonton drama tu dua hari cuti hujung minggu. Pastu habis kouta tau pulak bising kan?hahaha...dah takyah kisah, baik habis download movie dari korang hujung minggu tak tahu nak watpa kan?...

till next entry you'lls!
xoxo, ecadwinkyasha~

Semak Keputusan Peperiksaan melalui SAPS Ibubapa

Assalammualaikum semua.
Ohyeah, sekarang ne musim busy cikgu-cikgu masukkan markah pelajar ke dalam SAPS. Maka, tidak ketinggalanlah seorang Eca ini turut sibuk walaupun satu kelas sahaja tapi kena key-in tu ramai gak pelajarnya. eh eh SAPS tu sebenarnya korang tahu ke tidak?..meh Eca kenalkan apa itu SAPS.


SAPS 
SAPS ialah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan para ibu bapa juga pelajar menyemak markah ujian atau peperiksaan. Selain itu, sistem SAPS ini juga boleh diakses dan digunakan pakai oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Markah ujian dan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS adalah seperti ujian satu dan dua , peperiksaan pertengahan tahun serta peperiksaan akhir tahun. Manakala untuk peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM, paparan keputusan tidak akan dimasukkan sistem SAPS.

layari dahulu : SAPS IBU BAPA


KELEBIHAN SAPS
Bagi Eca, penggunaan SAPS lebih mudah dewasa ini. Apatah lagi, kini kita lebih banyak menggunakan telepon pintar dalam komunikasi. Antara kelebihan SAPS :
1. Ibu bapa boleh menyemak keputusan anak melalui telefon pintar.
2. Para guru mudah memuatnaik keputusan pelajar mengikut subjek yang diajar.
3. Kedudukan pelajar dalam kelas serta tingkatan tidak perlu dibuat secara manual. Semua automatik bila guru-guru dah isi markah tau. Menyenangkan kerja guru kan?
4. Kedudukan pelajar di dalam kelas serta di dalam tingkatan turut diketahui dengan mudah.


SEMAKAN SAPS IBUBAPA
Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui hanya  SAPS dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan anak-anak. Mudah kan?..Mari ikut langkah berikut :

Paparan SAPS Ibubapa melalui laman web SAPS Ibubapa.


Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.
  1. Melayari ke laman SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No Kad Pengenalan/Sijil lahir, Negeri, Nama Sekolah dan tahun.
  3. Tekan semak.
  4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.

Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif. Walaupun pihak sekolah akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan juga dikenali Hari Pemulangan Buku Rekod, ibubapa boleh menyemak lebih awal. Malah, ibubapa boleh bersedia dengan semua soalan mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak sebelum bertemu guru kelas anak mereka.

Sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan dengan kadar segera. Kejadian ini selalu  berlaku disebabkan oleh kesalahan semasa proses pengisian nombor kad pengenalan  di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Bagi pelajar yang baru berpindah sekolah, jangan risau...anak anda akan didaftarkan di sekolah baru selepas sekolah lama mengugurkan nama pelajar dari sistem mereka. 

Ohya, ibu bapa boleh semak keputusan peperiksaan melalui aplikasi di telefon bimbit masing-masing. Muat turun melalui capaian berikut :  https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.moe.sapsnkra&hl=en

SAPS NKARA Ibu Bapa - Muat turun melalui Play Store.

Mudahkan dengan SAPS?... Sejajar dengan perkembangan semasa, dunia pendidikan kini lebih maju. Ibu bapa tidak susah untuk  memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak anda. Dihujung jari juga boleh.  Untuk ibu bapa, jika anda ingin mengetahui mengenai perkembangan dunia pendidikan berkaitan sistem-sistem pendidikan boleh layari laman sesawang SISTEM KPM.


SISTEM KPM : Sebuah forum yang menyediakan panduan lengkap dan pertanyaan sistem-sistem KPM seperti SAPS, APDM, eOPERASI, egTUKAR dan lain-lain. Laman ini bukan sahaja untuk warga pendidikan tapi juga untuk ibu bapa yang ingin mengetahui perkembangan dunia pendidikan.


ohya, ibubapa boleh mula memeriksa keputusan anak-anak ya. Dah nak hujung tahun ne, mesti dah ramai guru-guru memasukkan markah murid ke dalam SAPS. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ya. 

till next entry!
-ecadwinkyasha-

Food Fiesta & Cultural Night @ BTC Inanam

Food Fiesta  & Cultural Night @ BTC Inanam | Assalammualaikum semua. Sabtu lalu (09/09/2017), Eca dan rakan-rakan Sabahan Blogger berkesempatan untuk memenuhi undangan pihak BTC bersempena dengan Food Fiesta & Cultural Night yang bertempat di Restoran BTC Inanam. Untuk pengetahuan korang, pihak BTC akan mengadakan Food Fiesta & Cultural Night pada setiap hari Sabtu bermula jam 7pm - 11pm.

Tema untuk Food Fiesta & Cultural Night akan berubah pada setiap minggu begitu juga dengan menu yang dihidangkan..wah, kalau pergi setiap minggu pun takpe, sebab menu akan berubah sentiasa. Malam tu, kami disajikan dengan pelbagai menu yang tentu sahaja mengenyangkan lagi memuaskan. Dah namanya juga Food Fiesta kan?..memang berpesta Eca malam tu. Ramai yang sedia maklum, Restoran BTC merupakan anak syarikat kepada Kumpulan BTC Berhad dan makanan yang dihidangkan adalah  berasaskan masakan India. Namun, kelainan cuba dibawa oleh pihak BTC dengan mengadakan Food Fiesta ala buffet ini menyajikan pelbagai pilihan menu bukan sahaja masakan India, malahan masakan tradisi Sabah serta masakan Malaysia.


Restoran BTC's Chef with the main dishes.
lauk-pauk yang dihidangkan amat menyelerakan sampai tak tahu nak pilih yang mana tau.Macam-macam lauk pauk yang ada seperti Sayur Campur, Butter Ayam, Kari, Rendang...*rambang mata jadiknya si Eca tuuuu*. Ohya, selain hidangan lauk pauk yang pelbagai tu, kami juga dihidangkan dengan pasta :: 



Eca bagi 5/5 Bintang untuk Fettuccine Carbonara. Seriously, Eca bukan peminat carbonara tapi sajian di Food Fiesta ini sangat memuaskan Eca dengan fettuccine yang sangat lembut dan carbonara yang dilimpahi dengan cendawan serta isi ayam. Sangat-sangat berpuashati tau!  Ohya, macam-macam lagi sebenarnya ada, meh Eca tunjuk lagi (kalau terliur, mohon jangan salahkan Eca ye, mohon drive sendiri ke BTC Inanam)

Set Ulam-ulaman : Kubis , Timun, Tomato, Terung, Tempe & Telur Masin.


Bagi yang nak makanan sihat, jangan risau. Korang boleh cuba buat SALAD SAYURAN yang disediakan. Eh, untuk pengetahuan korang, korang boleh buat sendiri mengikut selera sendiri. Jangan risau, ada pelbagai pilihan dressing untuk salad seperti : Thousand Island, Olive Oil dan Minyak Bijan. Boleh adun mengikut anak tekak memasing ye, toksah gaduh-gaduh gitu.


Set Ulam-ulaman tu bukan makan gitu ja, kalau nak makan dengan sambal, yeah, sambal disediakan ye!..Sambal kicap, sambal belacan dan sambal tradisi Sabah iaitu  : Sambal Tuhau & Sambal Bambangan. Peminat sambal boleh berkunjung ke sini tau..ohya, acar buah juga disediakan. 


dah namanya, FOOD FIESTA kan?!..Mestilah pelbagai jenis makanan ada disini...Sambil makan, kami juga dihiburkan dengan persembahan Tarian & Nyanyian...bertepatan dengan tema Cultural Night!. Satu malam itu, kami disajikan dengan pelbagai tarian suku kaum di Sabah sendiri. Antaranya, tarian Sumazau, tarian Magunatip dan juga tarian joget serta tarian Bollywood. Memang happening, tak rasa pun masa menghampiri 11malam. Yelah, makan sambil berhibur gitu.



BTC merupakan restoran yang terkenal dengan  keenakan Roti Canai serta Teh Tarik. Kenikmatan roti canai dicecah dengan kuah dhal serta kuah kari menghasilkan satu keunikan tersendiri apabila kita mengunyahnya. Kelembutan struktur roti canai itu sendiri amat enak dimakan begitu sahaja. Manakala, bagi pengemar Teh Tarik..korang konfirm tak cukup secawan?..kenapa Eca cakap camtu, sebab diriku ini juga seorang pengemar teh tarik. (*-*)

ohya, untuk Food Fiesta & Cultural Night, setiap pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menebar roti canai serta membuat Teh Tarik dengan dibantu oleh staff-staff BTC. Wah, pengalaman menarik kan?..jom lah korang datang beramai-ramai yer!

menikmati ABC di malam hari merupakan satu kepuasan bagi mereka yang penat bekerja seharian Sejuk ABC ditambah rasa manis susu dan campuran ABC menyejukkan tekak kita. Yelah, seharian bercakap je keja cikgu Eca ne kan?.


Ohya, bagi parents yang membawa anak kecil dan risau anak bosan mahupun berlari ke sana ke sini, SILA SIMPAN KERISAUAN korang tu kat rumah!..Eca cakap macam ni, sebab anak-anak korang akan dihiburkan dengan clown & cosplay adiwira kegemaran ramai. Minggu lepas, clown tu siap buat magic & bagi belon serta candy kat bebudak yang datang. Eh, kalau korang nak tahu SUPERHERO Ironman pun ada!!!. Peminat Ironman mana bolehlah bergambar dengan cosplay Ironman tu *eh eh, rakan-rakan blogger pun ada gambar sama tau!*


Alang-alang  berkunjung ke BTC Inanam, bolehlah korang terus ke BTC Halal Mart. Menariknya di Halal Mart ini, terdapat pelbagai barangan daripada negara-negara Timur Tengah. Bukan sahaja makanan seperti kurma dan manisan, malah pengunjung boleh turut memilih pelbagai perhiasan rumah serta pelbagai jenis wangian. 


Berikut adalah butir mengenai Food Fiesta & Culrtural Night tu ya!..Jangan lupa hubungi Puan Suzie untuk tempahan awal. Dengar cerita, asyik fullhouse je pada setiap Sabtu tu.
FOOD FIESTA & CULTURAL NIGHT ini diadakan pada ;
Hari : Sabtu sahaja
Masa : 7.00pm - 11.00pm
Tempat : Restoran BTC Inanam (klik SINI untuk tunjukarah)
Harga : RM45 (dewasa), RM20(kanak-kanak), PERCUMA (kanak-kanak 5tahun kebawah)
RSVP : Mrs Suzie (016-4428276)