PENULIS SENJA TERAKHIR

PENULIS SENJA TERAKHIR

.assalamualaikum.
mood on joining contest.Thank to Mamat sebab da TAG akak!Bila Mamat post kat Wall FB I pasal dia tag I kat contest ne,,I pun tertanya-tanya Contest camna lah tu.I memang suka nak join contest tapi kadang-kadang tidak berkesempatan tuk JOIN sebab da due date.So,before the contest END,better I join awal-awal kan.Wish ada peluang la tuk MENANG :)...apa-apapun tak salah MENCUBA NASIB kan.manalah tau beruntung nak dapat hadiah berupa Nokia C3.hehehe :P.end.jom tengok contest ini:


jom tengok sapa penganjur contest ini disini.|penulis senja's blog|
dan nak join contest neyh,baca entry neyh.|contest penulis senja terakhir|

sebab I nak join contest ini:..
I join contest ini sebab Mamat dah TAG I,lagipun I dalam mood nak join contest dan I suka menulis puisi,so I akan pertandingkan puisi ciptaan I untuk contest ini.Diharap encik penganjur akan tersentuh dengan puisi I disamping akan memberikan hadiah pertama itu.(oke,tak lebih 100patah perkataan).hehehe.

SO,puisi yang I pertandingkan....(ohh yea,,sila klik play tuk dengar lagu tu sambil baca puisi,dan sila sediakan tisu atau baldi :P )


.kisah kita berakhir sudah.

saat awak menyapa saya,
saya terima dengan hati yang terbuka,
salam perkenalan itu indah,
awak buat saya ketawa,
awak buat saya ternanti-nanti,
awak buat saya menjadi saya.

dan satu ketika,
awak minta saya untuk bertemu,
pada pertemuan pertama itu membawa 
ke pertemuan seterusnya...
pertemuan itu buat kita semakin rapat,
pertemuan itu buat hati kita bergetar.

selepas itu,
awak mula mengutuskan kata rindu,
dan awak mula cairkan hati saya,
namun saya menidakkan semua itu,
sebab saya tahu,
awak ada dia yang dulu hadir sebelum saya.

dia yang dulu hadir atas pilihan keluarga.
tapi awak kata...
saya hadir memberikan awak satu rasa
rasa manisnya cinta
dan awak semakin buat saya keliru
antara saya dan dia,
awak sayang kedua-duanya.

namun,kisah kita...
kita teruskan juga.
hati saya kata tidak tuk mencintai awak
dan menerima awak tidak lebih dari sahabat
namun awak buat saya istimewa
awak berbeza dari mereka-meraka yang pernah saya kenali
hinggakan saya tidak sedar
separuh hati saya tertulis nama awak

cukup indah!.
saat-saat awak bisikkan kata cinta
saat-saat saya bergelut dengan kesibukan
hingga buat saya lemah
awak tiupkan kata-kata semangat
hinggakan saya tidak pernah merasa penat menjalani hari
dan hari yang berlalu semakin mematangkan kisah kita.

kisah kita dan dia,
dia yang mula mencintai awak
dia yang mula menyayangi awak
dan awak yang selama ini menanti dia membalas cinta awak
mula berpaling kepada dia
dan awak buat saya tercari-cari
siapa saya dalam hati awak

dulu saya menidakkan cinta itu
namun saya semakin sedar
sukar untuk melepaskan awak jauh
belum waktunya lagi
namun saya sedar
tiada gunanya untuk saya merayu
supaya awak kembali ke sisi saya

awak,
dia datang dalam hidup awak
dengan restu dari keluarga
dan saya yang pernah 
berikan rasa cinta itu
akan pergi jauh meninggalkan kisah kita
biar pahit saya redhakan saja
kerna saya tahu mendoakan kebahagian awak
buat saya bahagia.

saya mohon,
jangan pernah lupakan kisah kita
jangan pernah buang memori kita
jangan ditangisi perpisahan ini
doakan saya agar saya lebih tabah
doakan saya agar saya lebih tenang
dan saya mohon,jangan pernah tinggalkan dia
untuk saya.
namun,bila dia tinggalkan awak,
saya ada disini,
masih terus menanti
kerna hati saya sudah ada nama awak.

awak yang pernah hadir dalam hidup saya.
awak yang pernah utuskan rasa cinta.
awak yang pernah kirimkan rindu.
awak yang buat saya rasa istimewa.
awak yang pernah saya sayangkan.
dan kisah kita,
berakhir disini,
tiada lagi rindu pertemuan
tiada lagi senda gurauan
tiada lagi canda tawa
tiada lagi rasa getarnya cinta.

jangan nanges ek...(dalam erti kata lain,pesanan buat diri penulis sendiri)
oke ke tidak ne ek?..I pun tak tahu la,itu dari kamu yang menentukannya.Sekarang nak TAG blogger lain pula bagi cukupkan SYARAT penyertaan.kalau tak,disqualified pula yer :)
nak TAG:

Cik Azizah
Aniz
Puan Zaza 

p/s: thanks to Mamat sebab da TAG...terbuat juga satu lagi puisi yang lahir dari hati :) dan kepada encik penganjur..pertimbangkanlah :)

Post a Comment

8 Comments

  1. amboiiiiiii sedeh nye puisi .. adehhhhhhhhh ...

    ReplyDelete
  2. @waN Mohd Salim hehehe.sedih eh?..airmta tumpah tak?ngeee..
    thanks da dtg tgk entry :)

    ReplyDelete
  3. thanks tag zaza..wa letak puan lg..huhu..jatuh saham zaza..

    ReplyDelete
  4. @Zaza hahahaha...dah memang puan pun kan?..hehehe...

    ReplyDelete
  5. wow, bongga!! hihihii sabar la caaaa.. hihihi PM klu ko baca my komen hihihii bosan I AKEMI

    ReplyDelete
  6. @Anonymous hohoho.miss Jennifer..bru nmpk ne..ada story2 nee pasal dia.gila kentang aku nanges semalam.:P.
    oh yeee,ateng knows the story..sama keadaan kami smlm.hoho.miss both of u girls :(

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*