berlari ke kaki langit





satu saat,aku rebah,
rebah jatuh mencium bumi,
aku bingkas bangun,
bertatih dan mencuba untuk melangkah,
namun aku rebah kembali.

pautan tidak seutuh dulu,
ikatan kian longgar,
namun kucekalkan hati,
kurayu agar ia kembali,
seperti masa dahulu.

aku ingin diriku yang dulu,
walau yang berlalu takkan berulang,
namun hati meronta,
batinku tersiksa.

ini bukan aku,
ini bukan diriku,
ini bukan hatiku,
ini tipu.
helah bermain merantai jiwa.
tersiksa,terhina,terkesima aku.

aku,
ingin berlari
ke kaki langit
agar aku
bisa kembali
ke dasarnya.


-psst kamu disitu!-
sejak bermenjak-menjak I habiskan subuh hari dengan menyiapkan assignment,idea tuk berpuisi semakin meluap-luap.keghairahan tuk menzahirkan apa yang terlintas difikiran.Oh yeee.mekaseh buat encik Mejuez atas komen kat entry ini..kalau ada button LIKE kat komen tu,dah lama saya LIKE..

p/s :: saya semakin lama semakin selesa menggunakan dashboard baru ini.hehe.
p/ss ::: saya berharap minggu ini berakhir dengan segera.tekanan assignment membuatkan saya KURUS.

2 comments.. read them below or add one

Unknown Unknown 12 July, 2011
wah berjiwang jiwangan pulak dia yer..hee

suka dashboard baru je..tak phm la..so tukar yg lama balik..
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 12 July, 2011
@Cik Azizah..hahaha.manada.besa2 je puwn..

yerppp.best juga tue.kena biasakan diri...hikhikhik

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*