kau mengajarku erti sabar




ya,aku akui
degil itu aku
keras itu aku
andai hitam kataku
maka hitam jadinya

dan ketikanya
aku sedar aku tak mampu
saat amarah menerjah 
segenap ruangan dimensi

amarah menjadi api
dan duri dalam hati
sukar kubuang ketepi
namun saat kupendam
aku terbakar sendiri

kau disatu sisi
dalam diri ini
mengajarku tanpa lelah
tanpa keluhan
kau hulur tanganmu

kau renjis kemarahanku
kaucabut duri-duri tajam itu
dan kau mula dengan tingkahmu

tuturmu,alunanmu,gayamu
buat hatiku berlagu riang
saat amarah menerjah
kau hadir dengan senyuman
dan lantas kuakui
kau hadir mengajarku
erti sabar.

2 comments.. read them below or add one

Fadzmie Mohamad Fadzmie Mohamad 24 July, 2011
Masih belum ada yang sudi mau mengajar aku erti sabar yang lebih dalam. Haih.
asamasin asamasin 24 July, 2011
nih lgu ker?or sajak?btw..its so nice.. :D

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*