penyampai!.

penyampai!.


.assalammualaikum.terupdate lagi di petang ahad neyh.duk sorang-sorang kat ruma,sebabnya my dearest housemate gi merempit cari tudung kat Wisma Muis.So,disebabkan I ada assignment yang kena hantar jumaat nanti,duduk ruma je lah.gila ko asssignment mereview article neyh.takleh wat cikai-cikai eh.So,kena baca elok-elok,paham setiap perkataan dalam tu.Bila ko salah memahami satu perkataan pun,ayat tu dah jadi lain kan.Then,kesannya mestilah hasil 'review' tu akan membawa maksud lain.KOMFIRM lah lain-lain sebab bila kita tak paam apa yang disampaikan dalam article tu,kita takkan dapat menyampaikan hasil pemahaman kita mengikut apa yang terkandung dalam article tu kan?..err,betul ke tidak.[I rasa ayat I dah terbelit-belit,hope korang paam].

So,macam tu juga lah apa yang terjadi bila korang dan korang yang suka jadi penyampai neyh.Kalau penyampai berita yang betul tak pe juga.Ne asyik sampaikan berita buruk a.k.a berita yang mengaibkan,berita yang memfitnah.Bikin Panas je kan bila berita camtu disampaikan.Apatah lagi dengan si mangsa berita tu,mesti dah rasa malu yang teramat sangat.Nak defend kan diri sendiri pun susah,lebih-lebih bila berhadapan dengan mereka yang tak reti nak dengar cakap.

Kadang-kala si penyampai neyh bukan sahaja menyampai berita yang tak berapa nak betul,malah boleh menjadi batu api,menjadi punca pergaduhan.Lagi BIKIN PANAS,bila orang yang difitnahnya itu mula bermasam muka sampaikan nak gaduh-gaduh,dia boleh pula lepas tangan gitu je.Ish,tak paam sungguh!.

So,tuk korang,kalau nak sampaikan sesuatu berita/cerita,sampaikan dengan betul.Jangan nak mengaibkan orang.Jangan nak memfitnah.HARAM weiiii.Dosa memfitnah itu lebih dahsyat dari membunuh tau tak?!.

p/s: kesian kat Wardina dengan kes beliau tu.huhuhu
p/ss :: ada sapa nak tolong wat my assignment tak?.hikhikhik.

Post a Comment

0 Comments