Sendawa.Perkara biasa ke?.





 Secara lazimnya,selepas menjamah makanan,kita akan sendawa.Maka,mentality kita,sendawa itu perkara biasa dan tidak memberi kebimbangan sedikit pun kepada kita serta orang disekeliling.Tetapi bayangkanlah jika ada orang disekeliling kita sendawa setiap hari dan ianya menimbulkan kehairanan kepada kita.

Ada yang masih tak tahu apa itu sendawa eh?.
Sendawa adalah proses dimana gas akan keluar dari salur pencernaan ataupun dari kerongkong ke mulut,disusuli dengan suara dan kadang-kala berbau kurang selesa.Means,kalau kamu makan durian,nanti sendawa bau durian.[kalau camtu,jangan dekat I oke,hehehe]

Sendawa ini sebenarnya terjadi apabila udara terperangkap di dalam perut.Antara punca-punca sendawa ini adalah seperti memakan makanan yang mempunyai lebihan gas,minuman berkarbonat.Namun secara amnya,sendawa dikatakan bermula dengan rasa tidak selesa di dalam perut.Maka dengan bersendawa,sesiapa saja akan dapat merasakan kelegaan (selain dengan cara kentut).

Sendawa yang berterusan tidak harus dipandang ringan begitu saja.Sendawa ini juga sebenarnya berpunca dari dua faktor,iaitu organik atau penyebab luar(functional).Faktor organik dikaitkan dengan penyakit yang berpunca daripada usus yang boleh menyebabkan kesakitan dan boleh membawa kepada kanser.Manakala,faktor luaran pula dikaitkan dengan faktor psikologi seperti tekanan,kemurungan,perasaan cemas,pengambilan ubat penahan sakit serta menahan pengeluaran angin.Selain itu,perubahan hormon,gangguan kitaran haid serta masalah personaliti juga mengundang kepada kekerapan sendawa.Antara faktor lain ialah apabila seseorang individu itu sensitif apabila disentu makan angin akan terkeluar dari badannya.(tak paam la,sentuhan pun boleh buat orang sendawa?,,pelik tapi itu hakikatnya!)

Bagaimana pula cara mengatasinya?.
Salah satu cara yang boleh mengelakkan kita dari terus sendawa adalah melalui pengambilan makanan.Kurangkan makanan yang bergas seperti buah-buahan yang bergas(mangga masak contohnya,kurangkan kuantiti pengambilannya) serta minuman berkarbonat.Individu yang kerap sendawa ini dinasihatkan agar mengunyah makanan secara perlahan.Jika penyakit sendawa ini masih berterusan,kalian haruslah segera berjumpa doktor mahupun mengambil ubat yang boleh menguragkan masalah tersebut.




eca cakap-cakap: 
pernah tak korang jumpa orang yang kerap sendawa.Dan apabila dia sendawa,bunyi sendawanya kuat hingga dengar satu bilik kuliah.nak tegur segan sebab bukan kawan rapat.tak tegur lak,bertahan je dengar bunyi sendawa.ishhh,pening kepala den =.="

2 comments.. read them below or add one

AnonymousAnonymous 13 August, 2011
sendawa melalui sentuhan adalah dgn cara mengurut. itulah hakikatnya. :)

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*