Posisi Cinta Kamu




^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Semua insan boleh dan mudah untuk jatuh cinta sesama kita,namun tidak semua cinta dilafazkan benar-benar lahir dari hati yang penuh keikhlasan.Adakalanya cuma bersandiwara,ada yang melafazkannya kerana menghindar kesunyian.

Menurut seorang tokoh psikologi,John Alan Lee,cinta boleh dikategorikan kepada enam(6) jenis.Jom semak,posisi cinta kamu dan si dia...



Cinta Kilat.

Mencintai seseorang itu kerana tertarik pada rupa parasnya yang menawan/menarik dan sempurna serta mempunyai bentuk tubuh yang diidamkan oleh setiap orang di dunia ini.Cinta sebegini berlaku sepantas kilat tanpa kita sedari.Ohh ya,cinta pandang pertama tergolong dalam jenis cinta ini.



Cinta Mainan.

Mempermainkan perasaan pasangan untuk kesenangan dan kepentingan diri.Sama juga seperti mengambil kesempatan.Contohnya,seseorang memerlukan pasangan untuk tujuan suka-suka(mungkin kerana cemburukan teman-teman yang sudah berkapel) mahupun untuk hidup senang-lenang sahaja.Golongan player(playboy&playgirl) serta kaki kikis tergolong dalam cinta jenis ini.



Cinta Persahabatan.

Bermula dengan persahabatan sehingga timbulnya bibit-bibit cinta tanpa disedari.Perasaan yang menyenangkan antara dua pihak sehingga wujudnya persefahaman yang amat mendalam.Kedua-dua saling memerlukan antara satu sama lain lebih dari persahabatan.Dari rasa sayang sahabat,timbulnya perasaan kasih sayang serta cinta.



Cinta Logik.

Cinta wujud apabila seseorang merasakan akan mendapat keuntungan dan kelebihan dari pasangannya.Contohnya,kamu menerima si dia kerana si dia merupakan pelajar terbaik di sekolah.Secara tidak langsung kamu mendapat manfaat iaitu menjadi teman si dia dan kepopularitinya itu akan membuat kamu menjadi turut popular.



Cinta Mania.

Cinta kamu penuh posesif,cemburu serta manja berlebihan dengan pasangan.Kamu hanya inginkan si dia sahaja dan tidak mempedulikan orang lain disekeliling kamu dan si dia.Bagi kamu,cinta itu adalah satu tempat bergantung dan kamu memerlukan pasangan kamu sentiasa berada disisi dalam apa jua keadaan sekalipun.Falsafah kamu,"tidak boleh hidup tanpa si dia".-ek eleh,sebelum kenal si dia,boleh pula hidup kan?.



Cinta Buta.

Cinta yang sanggup berkorban apa sahaja tanpa mengharapkan sebarang balasan daripada pasangannya.Paling penting ialah dapat bersama si dia yang tersayang hingga ke akhir hayat biarpun menderita seluruh hidup kamu.



eca cakap-cakap:..
cinta saya?!.mungkin cinta persahabatan,iya.Ianya seharus cinta persahabatan.Sebagaimana kisah bermula dari seorang sahabat sehingga wujud keserasian.Apapun yang terjadi,sahabat adalah segalanya.Mereka mampu merubah kita,mungkin ke jalan yang lurus atau sebaliknya.Maka,cinta persahabatan menjadi pilihan kerana,si dia bukan sahaja boleh menjadi kekasih setia malahan si dia juga sahabat terbaik."saya bangga ada awak sebagai kekasih untuk berkongsi perasaan ini,dan saya bangga ada pendengar,pengkritik,pengutuk seperti awak".Best apa bila kekasih kita juga sahabat kita... >,<"
Posisi Cinta Kamu

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*