kisah mangsa PMR #7tahun lalu.

kisah mangsa PMR #7tahun lalu.

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

04Oktober-12Oktober2011.Penilaian Menengah Rendah akan dilangsungkan.Minggu depan la..so entry ini memang entry untuk semua mangsa-mangsa PMR2011.


2004.Berpindah ke sekolah baru dengan azam baru.Tahun tu nak duduk PMR,so semangat study berkobar-kobar.Memanglah niat hati nak dapat 8A(amik 8 subjek je masa tu),tapi kalau tak study betul-betul macamlah nak dapat 8A kan?!.Dijadikan cerita,kelas I (namanya 3 Ungu,SMLY2004,guru kelas kami namanya Cikgu Rozana Mohd Zawawi,dy ajar BM & Kesusasteraan Melayu).By the way,kalau korang kenal,sila inform boleh tak?!.sebab sedang jejak kasih dengan beliau neyh.Cikgu ne memang BAIK....belanja kami makan lagi...beliau orang Perak(tak silap) dan sudah berkahwin dengan tentera.[ehem ehem,bakal-ikut-jejak-langkah cikgulah!].Kelas kami ne kan,student-studentnya sume memang SATUHATI.Suka buat perangai macam-macam,tapi entah kenapa,,,ramai guru memang suka kelas kami ne.Maybe sebab sporting kot :)

Dulu,kawan pena patahkan meja.Semua cakap budak sidang petang yang patahkan.Masa bulan kemerdekaan pula,semua pakat dengan budak kelas sebelah buat bendera terpanjang.JELOUS budak senior!.Tapi kisah satu ne,memang takleh lupa sepanjang zaman.Kisahnya macam ne,dalam kelas Math.Ramai classmate I memang agak lambat sikit dalam bidang pengiraan ne.So,kena slow slow untuk aktiviti kira-kira.Cikgu math pula seorang lelaki yang tak kahwin lagi even da lanjut usia.Setiap kali classmate I cakap,".cikgu,tak paam yang tadi".Cikgu tu akan jawab,"..balik rumah,tengok nota tu.Kalau baca 5 kali pun kau tidak paam,kau memang BODOH!'.eh eh,mana etika cikgu tue.Sebagai seorang pendidik,mestilah mendidik anak murid sehingga mereka dapat memahami subjek tu kan.Bukan takat habiskan sukatan semata-mata.So,satu tahap,ketua kelas kami tak tahan.Dia melawan cikgu tu..sambil tunjuk jari tengah tanda F***.Tetiba,hampir semua budak lelaki dekat kelas tu keluar dari kelas.I dengan kawan I pun join sekali,tak tahan juga bila apa yang kawan tanya,cikgu tu jawab macam tu pula.

So,start hari tu,setiap tiba waktu math,mesti akan keluar dari kelas,bahasa paling mudah 'escape class'.Ramai cikgu-cikgu tahu apa yang kami lakukan.Tapi bukan keluar suka hati yer,kami keluar bawa buku math.Belajar sendiri tau!.Satu-satu rakan sekelas datang pujuk kami tuk masuk kelas math tu,tapi yelah hati betul-betul keras,takleh paksa gakkan.Pernah sekali Penolong Kanan kat sekolah tu hairan,kenapa I dengan kawan-kawan I lepak dekat kantin sekolah.Kami cakaplah "kelas math"..faham lah beliau.Then,beliau pula rajin round kelas masa tu,lalu kelas I,terus beliau menggeleng kepala..(oo,dari kantin sekolah boleh nampak kelas I!).Rupa-rupanya,masa tu,half of my classmate dah lentokkan kepala ke meja.hah!.see,,,betapa bosannya mereka kan?!.

Dua minggu sebelum PMR,kami ada trial.Then,dapatlah result tuk math.tau I dapat E.oke E!.under 45marks yer kawan-kawan.Sampai rumah,nangis sangat-sangat.Sebabnya,pertama kali dalam hidup I,dapat markah macam tu untuk subjek maths..argggh,tension tul!.Then,seminggu before PMR berhabis jawan past-year-question mathematics.Sebelum PMR tu,pegi minta maaf dengan semua guru-guru.Then,tiba waktu PMR.Masa nak jawab kertas math tu,tertengoklah seorang classmate I neyh.Nampak uncle dia yang juga pengawas peperiksaan bagi kertas kat dia.bukan kertas kosong ye....kertas yang dah siap langkah kerja!.Dalam hati cakap,"kalau budak ne dapat A,janganlah nak bangga sangat diri tu".Result PMR kuar hujung tahun kan.SO,bila keluar tu,happy sangat-sangat.Even tak dapat 8A,tapi alhamdullilah.2A 6B.I dapat A untuk BM dan MATHs oke.maths yang a week before PMR I dapat E.Then,tak sangka subjek geo & sc yang I tak suka tu pun dapat result oke.

so,kesimpulannya.STUDY HARD & SMART!.jangan peduli result-result yang da lalu,sebab kamu mesti FOKUS yang akan datang ne.Sebelum PMR,jangan lupa minta restu dari semua.Dapatkan makanan yang sihat,takut sakit lak time jawab PMR.dan paling penting,berTENANG!..hehehe.semoga dapat jawab dengan baik adik-adik PMR :)

*ini entry macam karangan PMR dah pula* (>,<)

Post a Comment

0 Comments