Pemuda UMNO mahu GRADUAN UNIRAZAK diberi PELUANG BERKHIDMAT di LUAR BANDAr Negeri Sabah.




^_ASSALAMMUALAIKUM_^

*alhamdullilah,ada juga yang PRIHATIN nasib kami.*



beginilah sebenarnya nasib para graduan UNIRAZAK.terumbang-ambing tanpa arah,yang ada cuma kekaburan.TAPI,jangan ingat pihak UNIVERSITI tidak mengambil mudah perkara ini.Tidak silap I,tidak lama dahulu,pihak pengurusan kolej I ada himpunkan semua graduan-graduannya bagi membuat resume untuk dihantar ke Pejabat Pendidikan Negeri Sabah.Alhamdulillah,satu usaha yang insyaallah berjaya.

Tengok nasib senior-senior yang masih belum dapat posting,kadang-kadang macam nak BERHENTI je dari kolej.Tapi,bila ingatkan harapan ibubapa nak lihat anak berjaya,I cekalkan hati dengan satu kata-kata,"kalau tak berusaha,macam mana nak berjaya.Kalau tak mencuba,macam mana kita nak tahu apa akan terjadi".


Luar bandar ataupun bandar?Sebenarnya tiada beza,sebab sebenarnya tugas kita mendidik,bukan sekadar menghabiskan syllabus pelajaran sahaja.Bagi I,kalau setakat menghabiskan syllabus pelajaran sahaja,tapi student langsung tak paam,lebih baik takyah mengajar!.Buang duit kerajaan.Sebab apa yang kita ajar bukan setakat untuk exam semata-mata,learning is lifetime process!.

Sebelum meneruskan pelajaran dekat UNIRAZAK,I sendiri pernah bertugas sebagai guru sandaran tidak terlatih di sekolah luar bandar!.Jangan pandang rendah,even guru sandaran semata-mata,tugasnya tetap sama.Maybe I kekurangan ilmu dalam proses membuat rancangan pengajaran,teknik mengajar mungkin tidak mengikut prosedur.Then,dapat subjek Pendidikan Moral,Pendidikan Muzik,Pendidikan Seni,Sivik dan Kenegaraan,nampak macam senang je kan?!.Tapi bayangkan murid-muridnya tidak pernah terdedah dengan aktiviti bandar,agak kekampungan.....kadang-kadang ketika mengajar,otak mereka berada di tengah sawah padi,di hutan belukar membantu ibubapa mencari makanan...Nak rasa marah kepada mereka,kesian pula.So,tugas diluar bandar sebenarnya lebih memerlukan pengorbanan yang lebih kerana disitulah kita menerima cabaran yang sebenarnya.Saya bangga jika saya ditempatkan di kawasan luar bandar,seriuosly,I'm not the girl who like to enjoy too much!.I love the environment yang calm,bangun pagi nampak kabus.Dicelah-celah langsir,menjenguk sinaran matahari.It's lovely.Bukan bermaksud saya orang kampung yang benar-benar kekampungan!.Saya sendiri dibesarkan dikawasan bandar.Tapi,jika diberi pilihan,luar bandar menjadi pilihan utama.

bila nampak student datang ke sekolah dengan semangat untuk belajar,dan kita dapat melunaskan impian mereka dengan memberi tunjukajar,disitulah kepuasannya!.[semoga semangat ini akan terus bersinar!].

so,terimalah graduan-graduan IPTS ini.Kami juga mendapat pendidikan yang sama.Kami diajar bagaimana untuk mengendalikan kelas,kami diajar bagaimana untuk berinteraksi dengan persekitaran,kami diajar bagaimana kami mengawal perasaan,bagaimana kami mengawal para pelajar.Apa kurangnya kami?!.Seriously, a lot of student have potential in teaching.They inspired most!.and that actually the student looking for!.

emo lak entry ini kan,tapi inilah yang I rasakan!.janganlah fikir lagi,beri para graduan ini peluang.Dulu kami berbangga apabila segelintir senior mendapat posting,tetapi tiba-tiba macam sepi...aduii,berilah mereka peluang,agar para junior macam saya ini lebih bersemangat lagi.Teringat pesan bapa setiap kali beliau menghantar saya balik ke rumah sewa,"dik,kasi naik pointer,insyaallah dapat kerja",demikian kata-kata semangat saya.Insyaallah,pointer saya akan naik kalau usaha didulukan disamping memohon kepadaNya.

*apa panjang bebenor entry ini?!,,grrr!.tak sabar nak habis study & konvo!*

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*