2maut,4parah Kemalangan di Kudat.

2maut,4parah Kemalangan di Kudat.



^_ASSALAMMUALAIKUM_^


Dua orang maut manakala empat lagi parah selepas kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda di Kilometer 3.5 Jalan Bak-Bak dekat sini kelmarin.
Mangsa yang terbunuh ialah pemandu Proton Wira terbabit, Maryati Johari, 25, dan penumpang hadapannya, Jaidy Jafar, 24, yang mengalami kecederaan teruk di bahagian badan dan kepala.
 

Empat lagi penumpang bahagian belakang iaitu Yusri Yusran, 16, Andy Ridzuan, 16, Ardi Mohd Kassim, 15, dan Norain Norah Mohd, 12, dilaporkan parah dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Kudat.
Manakala pemandu kereta pacuan empat roda terbabit yang dikenali sebagai Christine Vun Chau Hing dan anak perempuannya hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari apabila pemandu kereta Proton Wira terbabit hilang kawalan ketika melalui satu selekoh di jalan berkenaan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.Akibatnya, kereta yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superitendan Dawi Ossen ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Wira berkenaan hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan.

“Proton Wira terbabit dipercayai dari arah Bak Bak menuju ke pekan Kudat manakala pacuan empat roda terbabit dari arah Kudat menuju ke jalan Pinangsu.

“Bagaimanapun, setibanya di satu selekoh pemandu kereta Proton Wira itu hilang kawalan lalu terbabas dan termasuk ke laluan bertentangan, kereta pacuan empat roda yang dari arah bertentangan itu juga tidak sempat mengelak lalu berlaku pertembungan,” katanya.

Tambah Dawi, mayat kedua-dua mangsa yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat yang tiba selepas tidak lama selepas itu.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dihantar ke Hospital Kudat untuk tindakan lanjut manakala empat lagi penumpangnya turut dirawat di hospital,” katanya menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Kudat Jamaludin Hussin ketika dihubungi berkata mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.31 tengah hari.

“Lima anggota yang diketuai saya sendiri kemudiannya tiba di tempat kejadian pada jam 12.39 dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya menambah pihak bomba mengambil masa 17 minit untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa.

I dapat berita ini,bila kawan I inform dekat FB.Arwah Jaidy Jaafar,24 tu senior I masa sekolah dulu.Memang kenal walaupun tak rapat,arwah tu mesra dengan senyumannya.Sesiapa yang rapat dengan arwah memang tahulah betapa murahnya senyuman beliau.Bapa arwah tak silap I anggota polis juga,manakala adik arwah ne antara kawan rapat abang I(siap buka bisnes jual burger dulu-dulu).

Bila I baca berita ini,dan nampak status FB kawan-kawan adik lelaki I,baru I perasan yang mangsa yang cedera tu,Norain Norah,12 ialah bekas teman sekelas adik lelaki I.I kenal adik ne bukan apa,adik lelaki I suka dengan adik Nora ne.Budak Nora ne comel,pandai dan ramai pula budak lelaki suka dekat dia.

Kita sedekahkan alfatihah kepada dua mangsa kemalangan ni,semoga ditempatkan disisi orang yang beriman.Kepada 4 lagi mangsa yang masih dirawat di Hospital Kudat,kita doakan agar semuanya selamat.

Post a Comment

2 Comments

  1. facebook dia :(

    https://www.facebook.com/profile.php?id=100000691397278&sk=wall

    alfatihah

    ReplyDelete
  2. @izaRamos.thanks for inform his fb...kita doakan dia disana. amin

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*