Twilight & Ombak Rindu

Twilight & Ombak Rindu

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Dua minggu berturut-turut turun CP with Miss Jen sebab nak tengok wayang.errr,apasal lah wayang bagus sume keluar hujung-hujung tahun yer?!.weii,kuarlah tahun depan,aku hujung tahun ne nak dekat-dekat final exam tahu tak?!...Minggu pertama tengok Twilight,dan Ahad lepas tengok Ombak Rindu.Dua-dua kisah cinta!

Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1
Sesiapa peminat siri twilight,memang kena tengok part 1 ne.Rugi tak tengok tapi sebenarnya saya dah jatuh cinta dengan twilight.Last-last episod pun dah tengok tapi tak jatuh cinta macam ne,kali ini buat saya tak sabar untuk menonton 2nd part twilight pula!.

Twilight episod kali ini menceritakan perkahwinan antara Edward dan Bella.Wow,so romantic and they make love.and yess,Edward is not killing Bella.Selepas tu,Bella ne pula pregnat anak Edward.Dan hal ini mendatangkan kebimbangan kepada keluarga mereka.yella,yang dalam kandungan tu anak keturunan vampire!.Sepanjang kehamilan Bella ne,terdapat pihak yang cuba menghalang dari Bella terus melahirkan anak tersebut.Tapi Jacob tetap disamping mereka untuk menjaga Bella dari diancam oleh serigala-serigala itu.Last,Bella telah lahirkan seorang anak perempuan yang comel.

Twilight episod ini juga mengandungi flashback episod-episod sebelumnya dan memberi gambaran episod akan datang.Tak silap,episod akan datang menceritakan Jacob yang jatuh cinta dengan anak Bella dan Edward.So,tunggu episod akan datang yer.

Ombak Rindu.
siapa yang pernah baca novel Ombak Rindu neyh,mesti akan cakap,'fine,baca novel lagi syok!'.yer fine!.baca novel ne lagi best,bagi yang macam I lah.tapi nak jugak kan tengok movie dia.

Ombak Rindu(versi movie) menceritakan bagaimana seorang gadis kampung,Izzah(lakonan Maya Karin) dijual kepada tauke kelab malam oleh pakciknya.Kemudian Izzah dibeli oleh Harris(lakonan Aaron Aziz) dari tauke kelab malam.Atas permintaan Izzah,Harris menikahinya dengan syarat perkahwinan tersebut dirahsiakan.Izzah diberi tempat tinggal dan berkerja di Sufiah Cemerlang.Perkahwinan yang dirancang bertahun lamanya diantara Harris dan Mila berjalan tanpa kerelaan Harris dan hanya memenuhi kehendak ibunya sahaja.Satu hari,Harris terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana mengejar Izzah yang salah faham tentang hubungan Harris dan Wafiah.Semasa Harris sedang sakit,Izzah tidak dibenarkan melawat mahupun menghubunginya,malahan dia telah dihalau keluar dari rumah dan diberhentikan kerja.Akibat fitnah Datuk Sufiah,hubungan Harris dan Izzah renggang dan Izzah telah kembali ke kampung kerana suaminya tidak mempercayainya lagi.Pak Dollah menjadi penyelamat dan menceritakan hal sebenar kepada Harris dan keluarganya.ohh yee,Harris tu anak Pak Dollah yer!.Then,happy ending for them,even Mila pun dah pasrah yang Izzah tu lah wanita yang selama ini berada dihati Harris.

ne nak tanya,ada tak nanti nak buat sequence Ombak Rindu,sebab kalau ikut novel memang ada kan?!.I dah baca novel kesinambungannya tu,tapi macam biasa LUPA-LUPA INGAT!.yerla noks,otak banyak nak kena insert,memory agak low.kalau otak ada 16GB memory oke je nak masukkan sume.

paling suka ayat ini:
redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah!.

I bagi 4/5 untuk kedua-dua filem ini.Memang terbaik cuma bagi I,ada yang lagi terbaik.
eh eh eh,korang pernah baca tak novel tulisan Siti Rosmizah "andai itu takdirnya".
Novel ini kalau difilemkan,I bet,semua orang keluar dari panggung wayang akan mengelap airmata.
Even I,15kali baca novel ne,15 kotak tisu habis.Inikan bila difilemkan.
tolong tolong,FILEMkan novel itu!.
sure meletup,kalah 4juta kutipan Ombak Rindu selepas 4hari ditayangkan.

Post a Comment

0 Comments