its been 23years alive.

its been 23years alive.



^_ASSALAMMUALAIKUM_^

yeah,am 23years old! ^.^
Alhamdulillah...tak sangka dah berusia 23tahun
masih BUJANG,BELAJAR,dan COMEL #uweeek!.

Jom baca kisah eca bermula 23 tahun yang lalu

1989 : Januari 17.
Dilahirkan around 9 pagi bertempat di Hospital Kudat,Kudat Sabah.
Anak ketiga dengan seorang kakak dan seorang abang.

1993-1994:
Masuk tadika...Tadika Lok Yuk Kudat seawal usia 4 tahun.
#tu pasal nak sangat gi sekolah kan,jeles tengok abang gi tadika,nak JOIN gak....

1995:
Menjejakkan kaki ke alam Tahun 1 di SRJK(c) Lok Yuk Tamalang,Kudat.
setahun je...actually bukan sekolah betul-betul,maksud eca just ikut seorang pakcik ne gi sekolah sebab dah taknak gi tadika.Pengalaman pahit bila waktu rehat,main 'getah' dengan kawan-kawan.Then,terjatuh dan luka di dagu sehingga kini ada parut :(

1996-2001: 
Bersekolah di SRK Lok Yuk Bt 1,Kudat.
Darjah 3,6 : Pengawas Sekolah.
Darjah 4 : Pustakawan.
UPSR : 4A 1C <--buruk je ada C kan?!.

2002-2003:
Bersekolah di SMK Abdul Rahim,Kudat.

2004-2006:
Bersekolah di SM Lok Yuk Kudat.
Form 5 : Pengawas Sekolah yang selalu amik kesempatan datang LAMBAT!.
PMR : 2A 6B
SPM : 5A 5C 1D <---lagi lah buruk kan!.
#time ne 'serius' lah bercinta monyet dengan "Si Dia"

Jan-Mac 2007:
menjalani Latihan Khidmat Negara bertempat di Kem KK Dibawah Bayu,Tuaran,Sabah.
masa latihan banyak sangat pengalaman yang dibelajar,melawati tempat-tempat menarik :)
#..1st time masuk Kem Lok Kawi (kem askar) tengok all the senjata,meriam,kenderaan tentera.
#..1st time pegang M-16 dan menembak di Padang Sasar KB.
#..melawat rumah orang tua di Papar.
#...dapat ramai kawan baru terutama dari semenanjung.eh eh,kawan baik eca dalam kem orang Johor :)

Mei 2007-Mei 2008:
Form 6 di SMK Kota Marudu,Kota Marudu,Sabah.
masa ne ada "nakal" sikit..... (^.^)"

June-Dis 2008:
menjawat jawatan sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bertempat di SK Gumandang,Kudat.
#..baru 19tahun dah kena mengajar murid-murid yang nakal (tercabar kenakalanku!)
#..1st time dalam akaun bank ada duit RIBU-RIBU....hakhakhak #jakun!
#..beli HP,Laptop dengan DUIT GAJI sendiri.sampai sekarang masih guna!.

Dis 2008 : kapel dengan ex-lovely BF!.
Mei 2009 : dapat Lesen P.
June 2009 : dapat abang ipar!.
Julai 2009 : mendaftar di Universiti Tun Abdul Razak.
April 2010 : putus dengan ex-lovely BF sebab dia CURANG!.
Jan 2011 : KAPEL dengan TTM,tapi....... :(

Feb 2011 : stay nyte di KK with Miss Rain,Miss Jen,Miss Tyra.
#..malam yang menggilakan!.
9 Feb 2011 : dapat anak sedara yang pertama,Nurul Hasanah a.k.a babychenta.

June2011 : kenal someone yang suka meng'happy'kan diri eca.
#..ayat jiwang siot!..'dia' selalu cakap cam tu.ahaksss...tapi apasal kami tak kapel eh?...masing-masing tak berani kot...yela dah berkali-kali 'putus cinta'.

Julai 2011 : decide my mind untuk amibil major Language & Literature.
#...kita bakal cikgu english yang ada masalah grammar (>,<)"

Dis 2011 : 1st time pergi memanah :)
Jan 2012 : exam yang dilalui dengan hati yang gembira :)
17 Januari 2012 : 23years old..........single!.(>,<)


Antara yang harus diingati sepanjang jalan kenangan.Disini eca juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapakan terima kasih kepada smeua kawan-kawan yang wish birthday..samaada melalui SMS,Call,FB dan Blog...hehehe,penuh wall FB dengan wish dari kawan-kawan...Kita amin-aminkan semuanya....dan paling utama,SYUKUR ke hadrat Allah SWT atas 23 tahun ini.TERIMA KASIH ditujukan buat mama tersayang,Puan Tasiah Omar kerana melahirkan dan menjaga sehingga kini.Even selalu gaduh-gaduh...tapi bila berjauhan,itu part paling dirindui sekali!!!...thanks for all that involve making my life beauty!.

eh eh,mereka wish bday eca via blog...meh baca blog mereka--> Puan Azizah & Cik Belalang.Thanks for such lovely entry....terharu!..(T________T)

eh eh,eca ada buat puisi sempena usia dah 23 tahun ne,..tapi malu lah nak tunjuk...korang tunggu je lah NEXT ENTRY eh :)

p/s: rindu nak re-design blog!.tapi kerjaya sebagai surirumah ne menjadi kekangan.yela,tak expert mana buat keja ruma,terkedek-kedek.Even nak basuh baju pun still ambil masa 2jam!.Masak 2jam!.Kemas rumah+sapu/mop lantai 2jam <--rumah memanjang kebelakang,lenguh2 badan!..tambahan CHANNEL ASTRO yang menjadi racun...ada je rancangan BAIK PUNYA....tergendala je kerja.hakhakhak :P

Post a Comment

0 Comments