Resepi Kek Coklat


Assalammualaikum.


Hari ini eca nak kongsi satu resepi kek coklat.Hari itu,terliur tengok Cik Huda punya kek coklat,terus minta resepi dari dia dan try..eh eh bukan eca yang buat......adik eca dan sister-in-law to-be yang buat!.Eca tolong rasa dan tolong potong!..weii,banyak kerja tue.hehehe :)





Bahan-bahan :
  • 100 g tepung naik sendiri
  •  40 g serbuk koko  
  • 150 g gula pasir (dikisar halus) 
  • 5 biji telur jenis B
  • 50 g marjerin / mentega (dicairkan)
  • 60 ml susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu kecil ovalette
Cara memasak :
1. Tepung diayak bersama serbuk koko.
2. Oven dibakarkan pada suhu 170c.
3. Gula,telur,susu cair,esen vanilla dan ovalette disatukan didalam mangkuk pengadun dan diputar sehingga gebu.
4. Masukkan adunan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati.
5. Masukkan majerin/mentega ke dalam adunan perlahan-lahan sambil dikacau menggunakan spatula/senduk kayu.
6. Sedikit mentega disatu kedalam loyang,kemudian dialaskan dengan baking paper.Sapukan sekali lagi dengan mentega dan sedikit tepung.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang dan dibakar didalam oven sehingga 20-25minit.
8. Setelah masak,keluarkan dari oven dan dibiarkan sejuk sebelum disapukan topping.

Resepi Asal boleh baca disini.|DapurKu SaYang|

Hari tu,adik dan bakal-ipar kami bakar sampai 3 adunan.1 adunan bakal-ipar bawa balik rumah,1 adunan eca potong dan bahagi dua (satu tuk family,satu tuk bawa balik rumah sewa) dan satu adunan eca hiaskan dengan topping cream KHAS buat bday KakLong & Babychenta...memang sedaplah kek neyh.eca suka makan time panas-panas.hikhikhik.nanti balik cuti lagi,nak bake lagi kek banyak-banyak :)


{ 8 comments.. read them below or add one }

Saya Disini Saya Disini 10 February, 2012
seddpnye....nnti nak buat la
hudahassan hudahassan 10 February, 2012
waaahhh . buat sampai 3 adunan ? terror nye . btw , tahniah !! hehe . :)
Mizz ErMa Mizz ErMa 10 February, 2012
wah, nampak macam sedap aje..nak try skit boleh? hehe
Mizz ErMa Mizz ErMa 10 February, 2012
wah, nampak macam sedap aje..nak try skit boleh? hehe
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 11 February, 2012
@hudahassan,dorg yang terer....eca tolong tengok je.hahahaha
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 12 February, 2012
wah.. sampai 3 adunan.. dasyat tu..hihii

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*