Siti Nur Fatiha diculik Ahad lalu,penculikannya yang dirancang sendiri.


Assalammualaikum.


Negara kita dikejutkan dengan berita penculikan seorang remaja perempuan berusia 15tahun sewaktu keluar membeli kad prabayar bersama adik-adiknya.Kini,lebih menggemparkan apabila remaja berkenaan,Siti Nur Fatiha mengaku bahawa penculikan itu telah dirancang olehnya.

Mangsa yang kononya diculik oleh seorang wanita dan dua orang lelaki pada hari Ahad yang lalu,merancang penculikan ini.Malah,remaja itu sendiri menghubungi 'penculik-penculik' berkenaan agar menghantarnya ke rumah teman lelakinya.

Siti Nur Fatiha yang ditemui di rumah keluarga teman lelakinya mengaku bahawa dia tidak diculik,tetapi melarikan diri dari rumah ekoran dari tekanan perasaan yang dialaminya.



Gadis ini telah dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Fatimah untuk mendapatkan sesi kaunseling dan penjagaan kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah dan merayu  untuk tidak berjumpa sesiapa.

Ketua Jabatan Siasatan SAC T.Narenasagaran menegaskan,kes culik ini adalah tidak benar dan mangsa sendiri mengaku melarikan diri.Dua lelaki dan seorang wanita yang kononnya menculik beliau tidak akan dikenakan tindakan tetapi akan dipanggil untuk memberi keterangan lanjut mengenai kes tersebut.

::eca cakap-cakap::
haih,adik Siti Nur Fatiha,nama cantik seperti tuannya,namun kenapa tidak berfikir panjang.
Alahai sayangnya!.Satu Malaysia duk kalut mengenangkan nasib anda...sana sini orang berdoa agar anda tidak menjadi mangsa kekejaman,rupanya ada cerita disebalik 'penculikan'.
Tak kesian ka melihat air mata ibu mengalir mengenangkan nasibmu?!.


geram juga dengan perangai dia ne.Harap adik-adik yang lain akan berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk 'diculik' yer.fikir sebelum bertindak.






4 comments.. read them below or add one

dya nasir dya nasir 22 March, 2012
tak pikir perasaan ibu dia.. haish.. terlalu ikut perasaan..
Unknown Unknown 22 March, 2012
tak patut dia buat mcm ni.. tahu lah tengah stress, tapi kena fikir gak apa perasaan org len sbb benda ni aje.. semua org dok bimbang, rupa2nya dia yg rancang sndiri.. hurm.. harap2 dia sedar dan insaf...
fieda fieda 22 March, 2012
tak terkata ape dgn kes dia ni..adohai....ni ler remaja sekarang tak pikir panjang..tau nak bebas jer...cuma berdoa agar anak2 kak fieda nanti diberi akal dan fikiran utk berpikir...

dorang ni sekarang asal bosan jer duk umah ni jer la jalannya...huh...pandai2 jer rancang sendiri konon kena culik..sian kat adik2 dorang ye2 jer ingat kakaknya kena culik..pandai2 tupai melompat akhirnya terpelanting ke tanah jua..
Atie iskandar Atie iskandar 22 March, 2012
ntah ape2 je perangai. wat malu pon ade. kesian ibu dy. org dok kalut fkir nasib dy. rupanya dy yg rncg sendri. dunia2,

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*