Subjek Pilihan Raya,relevan atau tidak?.


Assalammualaikum.


Suruhanjaya Pilihan Raya mencadangkan agar subjek pilihan raya diperkenalkan di sekolah dengan tujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara.

Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar,timbalan Pengerusi SPR berkata,"subjek ini bukanlah satu program politik untuk menceritakan ideologi mahupun menyebarkan kebaikan sesuatu parti politik.

Tambahnya lagi,"Matlamat utama memperkenalkan mata pelajaran itu adalah untuk mencetuskan kesedaran dan perasaan sayang remaja kepada masa depan dan negara.

sumber

:: eca cakap-cakap ::

tak cukupkah mata pelajaran sejarah,pengajiam am,pendidikan sivik dan kewarganegaraan sampai mata pelajaran pilihan raya PERLU diperkenalkan?!...kalau betul diperkenalkan,maka tak hairan lah semakin banyak aktivis-aktivis muda bergiat dalam bidang politik.Tak pasal-pasal,ada lagi kes turunkan bendera =.="


pendapat eca sebagai seorang pelajar universiti dan bakal guru ;; tak perlu lah diperkenalkan lagi mata pelajaran pilihan raya,cuma mantapkan mata pelajaran sejarah,pengajian am dan khususnya pendidikan sivik dan kewarganegaraan.Melalui 3 mata pelajaran ini,kita dapat memupuk rasa cinta,sayang,kasih kepada negara.


Actually,kalau betul nak pupuk perasaan sayang kepada negara dan masa depan,lebih elok jika setiap sekolah diberi peruntukan yang lebih agar setiap sekolah dapat menganjurkan aktiviti seperti bulan kemerdekaan dengan lebih meriah.Tidak pun,lawatan ke tempat-tempat yang menarik contohnya Putrajaya ke,agar pelajar sendiri dapat melihat bagaimana struktur pentadbiran negara kita.


sapa setuju dengan pendapat eca,boleh share.
sapa tak setuju,diam-diam sudah!.Setiap orang ada pendapat dan pandangannya sendiri!.


kalau betul mata pelajaran pilihan raya ne diperkenalkan,rasanya Adam Adli paling sesuai jadi gurunya!.#setuju tak?!...hahaha,just kidding.
Subjek Pilihan Raya,relevan atau tidak?.

2 comments.. read them below or add one

Kumbang Jingga Kumbang Jingga 23 March, 2012
pekenal subject pilihan raya??boringnyer hehehehehe
sal ya sal ya 23 March, 2012
cukup la dengan apa yang ada. yang sekrang ni pun ada yang lulus dengan tak. tambah baru pengsan la buda2. bkn dia orang nak tau sgt pn kan?

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*