lepakingteam officially shirt

[ Eca Dwinky Asha][ Thursday, April 05, 2012][ ]
Assalammualaikum.

Happy yang teramat,dah selamat pun lepaking team officially shirt sampai ke tangan setiap members.


lepakingteam ne sebenarnya nama kepada group of students yang suka lepak di kedai mamak...eh eh,ne group kami ye..takleh sesuka hati nak masuk.hahaha...kami saja bagi nama group ne 'lepakingteam' dengan slogan 'we<3lepaking'.comel tak?!.hahaha.

Cerita nak buat baju sama-sama dah  lama,sejak tahun 2011,dalam bulan Feb-March tak silap eca...Cuma,baru-baru ne tercapai hasrat kami tu...Itupun sebab semua orang dah setuju memberi kerjasama.



yang ne baju eca.

eca 17 di bahagian belakang..cuma agak ke atas sangat pula nama tu,kalau pakai tudung,konfirm tak nampak.Then,tuk tepi lengan kanan,tertulis 'baju kawan-kawan'(sumpah lucu,ntah sapa punya idea neyh!.haha).dan logo kami,,, "we<3lepaking" ada dibahagian depan sebelah kiri pula.

untuk 10 tahun,mungkin 20 tahun atau 30 tahun akan datang.....
baju ne akan eca hadiahkan kepada bakal anak eca sambil cerita,,,,
"banyak kenangan manis bersama mereka.Kalau jumpa orang yang pakai baju ne,tanya dia anak SIAPA."


*membayangkan kehidupan 10,20,30 tahun akan datang*
T____________T"
#nak nangis,two of our lepaking team akan balik kampung halaman,dorang dah habis STUDY.mesti rindu.


ohya,design baju ne..logo we<3lepaking ne eca yang design.untuk proses print pula,gunakan khidmat

(hubungi saudara Nik kalau nak cepat)

Harga tuk baju kami RM36 (termasuk half-price untuk pos yang kami tanggung,manakala separuh lagi pihak pencetak yang tanggung).So far,SEMUA ORANG PUAS HATI.

Bungkusan ne dihantar pada hari Selasa,dan eca terima pada hari Rabu,gunakan Airpak Express,wahhh terbaik kan?!.Kalau guna pos biasa,pihak pencetak akan tanggung untuk pos,tapi tunggu dua ke tiga minggu baru dapat baju.Lama pula nak tunggu kan?!..RM36 tu memang agak 'mahal' tuk kami yang bergelar student,tapi tak salahkan beli satu tuk kenang-kenangan pada masa akan datang!!!.


p/s :: masa staff Airpak Express ne datang rumah tuk hantar parcel,eca baru siap mandi.Malu eh nak mengadap orang tu.Tetiba dia cakap,"pakailah baju dulu"..err...memang nak pakai baju pun,yang ko pi ketuk pintu rumah kenapa?!.huhuhu.