Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tiada bekalan elektrik.


Assalammualaikum


Bermula jam 03.23pagi semalam,bekalan elektrik di hampir seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan terputus dan mengakibatkan pelbagai masalah hari ini.

punca ketiadaan elektrik

Salah satu pepasangan 66kV di pencawang masuk utama Penampang mengalami kerosakan,justeru menyebabkan ketiadaan bekala elektrik pada hari ini.

Pengarah Urusan SESB,Ahmad Fuad Md Kasin berkata,'lebih 400,000 pengguna terputus bekalan eletrik ekoran daripada kejadian tersebut'.Lantas mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuah terpelantik dan memaksa pihak SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah.

Tambah beliau lagi,'bekalan berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula jam 06.40pagi tadi.Punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.

Ekoran dari kejadian luar jangka itu,pihak SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh penduduk Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang terlibat.




:: eca cakap-cakap ::
eca tak tahu pun takde elektrik seharian ne.seriously!!!.Semalam tidur dekat pukul 02.++ pagi.Nak tidur awal,tidurku diganggu oleh dua ekor mamat yang minta ditemankan ke 7eleven dan pergi melantak diSubuh hari.Ala,tak jauh pun,kawasan apartment ne je...So,after makan-makan,balik rumah dan sedia beg tuk ke kolej pagi tadi.Bila dah dapat tilam yang empuk dan beberapa biji bantal disusuli dengan aircond yang amat sangat 'mendamaikan',langsung tidur dengan hati yang senang.Bangun pagi pula,seawal jam 07.38pagi,tapi tidur balik....bangun sekali lagi jam 09.10pagi,tidur balik..last-last bangun jam 10.10pagi..tu dia,dah lewat ke kuliah.Lantaklah...bangun dan terus mandi,bersiap dan pergi kuliah,sampai kelas jam 10.55pagi.express kan?!.hahahaha.Balik rumah,on FB...terus ternampak status dari kawan-kawan pasal takde elektrik.
macam tak percaya je takde elektrik dekat Sabah.Bila nampak macam-macam update,lagi la buat eca tergelak.Bukan apa,tu hah..yang rosak tu pencawang yang dekat Jalan Bundusan,Penampang ne kan.......tak jauh dari Sidma Collge (my uni),tak jauh dari apartment ne juga.tapi boleh pula kat sini,oke je kan?!...alhamdulillah,eca tak terasa pun yang takde elektrik ne.syukur.

so,korang yang terkena,sabar je lah.hehehe.kot-kot ada pampasan,bulan ne tak payah bayar elektrik..hahaha,amatlah mustahil.RUGI S.E.S.B macam tu.jadi,,,,bawak-bawak bersabar je lah k!.


p/s: korang mesti rasa eca ne jenis yang suka keluar malam kan?!.owhhh no!...kadang-kadang je keluar,itu pun dekat area-area apartment ne.Nak kuar jauh-jauh,tunggu cousin/abang eca yang bawa oke?!.SO,janganlah korang salah anggap...dan dua ekor mamat yang eca nyatakan diatas sana tu,memang my lepaking team which,PARENT dan FAMILY eca kenal juga!.heho...kan best bila kawan-kawan kita,family kita kenal?!.

1 comment... add one now

Rainbow Blog Rainbow Blog 01 May, 2012
Yaw, saya tggal dilabuan, dan memang terputus dan saya sedar kejap n sambung balik. SATU LABUAN teputus bekalan elektrik (: Awak tggal mana ?

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*