Kawan Baik sahaja


Assalammualaikum


Bila menemui seseorang yang memenuhi citarasa dihati,pasti kita akan segera berkata,"I found my soulmate"...ya,mungkin dia dan mungkin juga tidak.Kadang-kala hati berdepan dengan pelbagai persoalan dan tandatanya.Masih terlalu singkat perkenalan ini untuk dinaikkan tahapnya ke satu tahap yang lain.Saat hati bertanya,minda akan tergoda.Mungkin kita perlu kuat berdepan semuanya,mungkin pasrah saja menerima kamu dan si dia 'cuma kawan baik sahaja'.

pening kan fikirkan soal hati.Ada seorang teman berkata,"soal hati ne susah,tapi hati ne lah paling senang nak sakit"..Bila difikirkan,betullah cakap temanku itu.So,sejak dari itu....eca cuma anggap semua kenalan (lelaki) sebagai kawan baik sahaja.No hard feeling....tapi kalau ada jodoh,itu semua dah ditentukan Allah,betul tak?!.

ishhh,mukadimah yang panjang dan agak skema pulak.Jom la kita teruskan dengan tanda-tanda 'si dia cuma kawan baik'.

  • Si dia boleh tergelak besar sewaktu kamu menceritakan insiden mahu digoda oleh teman baiknya.
  • Kamu tidak akan merasa getaran cinta atau dada yang berdebar ketika bertentang mata dengannya.
  • Kamu tidak runsing memikirkan soal baju,gaya solekan ataupun tudung yang sesuai ketika membuat temujanji dengannya.
  • Si dia sentiasa meminta kamu membayarkan hal-hal remeh seperti pembayaran akhir di mesin bayaran paking,masuk ke tandas dengan alasan tidak punya wang kecil.
  • Kamu tidak malu untuk ketawa berdekah-dekah sewaktu menonton filem lucu ataupun mendengar cerita lucu darinya.
  • Di saat kamu sedang bercuti,kamu langsung tidak ingat pada dirinya.
  • Si dia tanpa segan silu meminta kamu membayarkan untuk makan malam kamu.
  • Setiap kali ingin menghubungi kamu,si dia cuma membuat misscalled sahaja.Tanpa teragak-agak dia memberitahu 'topup' habis.
  • Ketika kamu menceritakan pengalaman putus cinta,si dia cuma mendengar tanpa menunjukkan sebarang emosi.
  • Dia juga tidak pernah bercakap atau memberi sebarang isyarat mengenai masa depan hubungan ini.
  • Tidak pernah berminat untuk ambil tahu kisah peribadi kamu.
  • Tidak pernah ingat hari lahir kamu.
  • Dia cuma memberikan kamu hadiah rantai kunci atau penanda buku apabila bercuti.
  • Tidak pernah mempelawa kamu datang ke rumah keluarganya.
  • Sering membawa kawan beramai-ramai apabila menziarahi kamu di rumah keluargamu.
  • Setiap kali bertemu dengan rakan-rakannya,si dia memperkenalkan kamu sebagai 'kawan saya'.

So,kepada semua pembaca blog ini...silalah tanya hati,tanya minda terlebih dahulu.Jangan ikutkan hati kerana cinta,kamu menerima dia.Jangan pula tanya minda semata,si dia cukup terbaik buat menanggung kamu.Biarpun tugas menanggung isteri tu,terletak di bahu suami..jangan biarkan dia tergapai-gapai pikul tugas tu pula.So,nak cari calon suami,kena tanya hati,tanya minda.

p/s:: jangan tanya eca,eca belum nak kahwin lagi.calon pun takde!!!hikhikhik :)

Kawan Baik sahaja

{ 7 comments.. read them below or add one }

Che Rosliza Che mat Che Rosliza Che mat 10 May, 2012
Memang pening kalau fikir soal hati...Kita tidak tahu jodoh kita dengan siapa tue lagi pening...Eca belum ada calon lagi hihihi
Riena Haiqal Riena Haiqal 10 May, 2012
benda ni selalu jadi kat saya... memang ramai kawan yang baik masa saya senang tapi bila dah saat susah, kawan yang tadi baik dah jadi lawan... sekarang sahabat yang paling baik saya cuma suami dan anak.. :)
anisalya anisalya 10 May, 2012
sekalipun kawan baik mungkin ada tercuit satu ras yang buat kita was2. tapi kalau sahih takde rasa apa2 ok je. hehehe...
rAIHan rAIHan 10 May, 2012
lelaki nie pndai melayan dan mengayat. sampai perempuan confuse.
tup2 rupanya dia mmg spesies melayan semua perempuan sama. so perempuan kne careful juga.

thanx 4 info..

jemput singgah,
http://sukacakapsorang.blogspot.com/2012/05/makluman-utk-bakal-pelajar-uitm.html
mencari pelangi mencari pelangi 10 May, 2012
owhhh,, lelaki mmg cmtuu :P
zera eira zera eira 10 May, 2012
siapalah jdoh kita ek? tga buat apelah dia tu kan? hehe
FiZ FiZ 11 May, 2012
eerrkkkk....bila mai part ni mmg pening kpala...huhhu

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*