Kelebihan Berpuasa di bulan Rejab

Kelebihan Berpuasa di bulan Rejab

Assalammualaikum.


Alhamdulillah,masih diberi kesempatan menghirup udara segar di pagi hari Selasa 22 Mei 2011,bersamaan 1 Rejab 1433 H...yes,its Rejab and we are near to Ramadhan.

Bulan Rejab merupakan salah satu bulan haram mengikut bulan-bulan Islam.Antara lain bulan-bulan haram ialah Zulkaedah,Zulhijjah dan Muharam.Lantas,dalam bulan-bulan ini umat Islam dilarang berperang kecuali mereka diugut.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain) 

Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:
  • Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah. 
  • Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.
  • Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.
  • Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.
  • Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.
  • Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).

Beberapa lagi hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
  • Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus).
  • Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
  • Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
  • Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

.insyaallah.

:: eca cakap-cakap ::
Alhamdulillah,hari ini puasa.Ingat nak puasa sekali dengan housemate,tapi kesihatan dia takbegitu mengizinkan,penyakit bulanan wanita gitu...So,hari ini sahur sorang-sorang.Tapi nasi tak lalu dekat tekak.ermmm,kawan masak nasi semalam tak silap.Mungkin tak kena dengan selera eca.So,tak makan nasi,just makan lauk dan minum air nescafe + air putih je,disertakan dengan niat.Niat puasa sunat di bulan Rejab oke,bukan puasa di bulan Ramadhan!.hikhikhik...

korang pula,puasa tak hari ini?!...kalau puasa,alhamdulillah,sama-sama kita beroleh manfaat darinya,insyaallah.Kalau tak,takpe...bulan Rejab ada sebulan,insyaallah ada kesempatan,kita berpuasa juga yer.


sumber-sumber artikel diatas : Asyraf Kamarul Blog | Tazkirah 1 | Tazkirah 2


Post a Comment

10 Comments

  1. banyaknya kelebihan bulan rejab ni...sekejap jer masa berlalu..pasni syaaban dan ramadhan pula menjelma..rasa mcm baru jer lagi sambut raya taun lepas...

    ReplyDelete
  2. Kira mo puasa 1 rejab tapi masalah wanita la pulak. rugi eh.. tapi xpa, mgu depan masi bole puasa... :)
    sangat2 membantu saya info diatas ni..

    ReplyDelete
  3. akak pun pose jugak.. alaa sbnarnya akak dah risau tkt xdpt habiskan pose... yela, ramadhan mkn dkt ni.. adehhh.. tu la, awai2 xnak ganti.. akak ada lg 13 hari.... huwaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. Sama2lah kita rebut manfaat dan fadilat di bulan Rejab ni :)

    ReplyDelete
  5. kesihatan x mengizinkan saya puasa hari ni huhuhuhu.. sudahnya sarapan spageti.. jgn mara.... hasil tgn sendiri..

    ReplyDelete
  6. CIKMALA pong puasa ari nie....Selamat berpuasa n selamat berbuka nanti yea ECA.....:-)

    ReplyDelete
  7. manfaatkan sebaik mungkin di bulan rejab ini...

    ReplyDelete
  8. xdapek nk pose 1rejab...cik puan jepun da mai jengah...huhuhu...

    ReplyDelete
  9. banyaknya kelebihan bulan rejab.. moga2 kita mendapat manfaat dan keberkatan..

    ReplyDelete
  10. cepat masa berlalu... tau2 dah rejab.. huhuhuhu..

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*