Loading...

Petanda Kelopak Mata Bergerak

[ Eca Dwinky Asha][ Friday, May 11, 2012][ ]
Assalammualaikum.

Petang kemarin,kelopak mata eca ne bergerak-gerak je.Agak annoying sikit,sebab buat eca terkejut.Kalau mata berkelip-kelip sebab menghadap laptop tu biasa dah,nama pun dah rabun kan,spek comel tu 24jam (kecuali mandi dan tidur) sentiasa pakai.So,eca pun melakukan sedikit kajian petanda yang diberi oleh kejadian ini.(cehhh,apasal bunyi asal macam kejadian hebat je neyh?!)

Hasil google "Petanda Kelopak Mata Bergerak" ::
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik
  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita
  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)
Untuk pengetahuan korang,kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah ne yang bergerak.Erm,tandanya akan menangis akibat berita kurang baik atau musibah.Harap-haraplah tiada apa-apa yang akan berlaku.Risau sangat...bila dapat tahu mengenai ini,terus call mama.Syukur mereka di rumah baik-baik saja.

Harap-haraplah tiada apa-apa yang buruk bakal berlaku.Sebulan ne memang eca kuat nangis,yela bila teman baik 'pergi' dan takkan kembali,hati siapa yang tak sedih kan.Insyaallah,eca sentiasa berdoa dalam hati agar tiada apa-apa yang akan terjadi.Semoga semua ahli keluarga dan teman-teman rapat eca dalam keadaan yang baik-baik saja.

Sini,eca sertakan juga petanda anggota badan kita bergerak-gerak.Jangan percaya sangat ye,cuma untuk pengetahuan semata-mata ::
  • Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan
  • Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan
  • Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh
  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis
  • Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan
  • Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta
  • Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati
  • Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut
  • Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan
  • Bibir bawah bergerak = akan menangis
  • Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik
  • Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.
  • Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang
  • Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan
  • Telinga bergerak-gerak = berkelahi
  • Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita
  • Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran
  • Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang
  • Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua
  • Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala
  • Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta
  • Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata
  • Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia
tunggu masa 'siku kiri bergerak-gerak' pula,kot-kot nak sampai seru.hikhikhik :)
sumber dari Laman Seri.