Resepi Mee Basah Seafood Segera #terjun.



Assalammualaikum.

puan-puan,cik-cik,adik manis,kakak cantik....hari ini eca akan ajar memasak.Iyolah,,,nak tambat hati suami dari masakannya....yang belum kahwin tu,ne la masa nak tunjuk dekat bakal-bakal mak mertua.Kot-kot dipinang cepat gituwww.heho.Resepi hari ini ialah Mee Basah Seafood Segera #terjun..hah!,pencinta Blog Cerita Dari Hati mesti dah tahu apa yang eca maksudkan dengan #terjun!.hikhikhik.Jom kita memasak.

Bahan-bahan:: (bergantung kepada berapa orang makan,yang eca buat ne tuk 2 orang makan).

.antara bahan-bahan.

1. Mee Kuning.(dicelur sehingga lembut)
2. Telur 1biji.
3. Sayur-sayuran.(disebabkan hari tu,takde sayur dalam peti ais,eca guna mix vegetable je)
4. Makanan seafood.Contohnya ; fishball,crab stick,fishcake dan lain-lain.
5. Bawang merah,bawang putih dan cili padi.
6. Kiub pati ayam Maggi.
7. Kicap.
8. Cuka.
9. Garam secukup rasa.
10. Minyak masak.
11. Air.

close-up sikit seafood untuk hari tu.



Cara memasak.
1. Panaskan minyak.Setelah panas,boleh lah tumiskan bawang merah,bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
2. Setelah naik bau,masukkan makanan seafood segera.
3. Selepas itu,masukkan mix vegetable.Tumis sehingga kesemua bahan sudah masak.
4. Masukkan segelas air putih dan rebus hingga mendidih.
5. Semasa menanti air mendidih,masukkan sedikit kiub pati ayam.
6. Setelah mendidih,masukkan sedikit kicap,cuka dan garam.Rasa dulu,kang kalau masin,mak mertua REJECT.
7. Didihkan seketika dan masukkan mee kuning yang telah direbus.Gaulkan sebati.
8. Biarkan air mendidih lagi dan pecahkan telur diatasnya.
9. Setelah telur masak,mee basah boleh dihidangkan.
10. Letakkan bawang goreng bagi menambah rasa.
ne dia Mee Basah Seafood Segera #terjun.
please JANGAN TERLIUR oke?!.korang pun boleh buat,sebab resepi ne mudah je.



cop cop cop,JOM tengok BANNER baru eca.
Ingat nak jadikan header blog juga macam ne,masih dalam perbincangan antara hati dan minda.
tapi comel kan?!...eca letak banner ne dekat Forum CariCyber.com.

tak tahu apa tu Forum CariCyber.com?!.cuba tekan banner di penjuru atas sebelah kiri blog ne,ala yang PINK-PINK segitiga tu..cepatlah KLIK!.hehehe.

{ 16 comments.. read them below or add one }

MISS Z BERCELOTEH MISS Z BERCELOTEH 08 May, 2012
edeh... sadap bah masakannya huhuhuh..
nnti tah mencuba mmbuat
Riena Haiqal Riena Haiqal 08 May, 2012
mudahnya resepi ni... nak cuba ar kat rumah nanti.. hakhakhak... ada jer resepi simple yang saya dapat dan praktik kat rumah.. :)
Cik Nur Cik Nur 08 May, 2012
wahh..rajin eca masak2.. :)
bgus2..mesti bakal mak mertua sayang nanti.. :)
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 08 May, 2012
eca.. blh tlg buat n tlg anto kt akak x??! hihii

klik2 tabung shopping eca..
areziezah areziezah 08 May, 2012
petang2 camni nampk makanan rasa nak makan je.. sedapnya...


cantik banner! boleh jadikan header jugak
pinkcolour82 pinkcolour82 08 May, 2012
leh cuba nie......:-)
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 08 May, 2012
akak singgah klik2 milkdeal.. :-)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 08 May, 2012
@MISS Z BERCELOTEH au bha,kalau malas ini seja dimasak.segera ne.
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 08 May, 2012
@Riena Haiqal cepat,mudah dan kenyang..hehehe :)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 08 May, 2012
@Cik Nur hahah.calon pun xde lagi,ne kan mak mertua :P
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 08 May, 2012
@IntaNBerliaN hikhik,rajin2kan la diri kak.kalau dkt boleh gk :P
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 08 May, 2012
@areziezah hahaha,kat sabah musim hujan,,,skrg ne rsa nak makan je lah ne.
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 08 May, 2012
@pinkcolour82 sesuai tuk org diet.hehehe :D
fieda fieda 09 May, 2012
teacher wat mee ye..mesti sodap ni..boleh kawin dah ni..

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*