BR1M kali ke-dua dikaji.


Assalammualaikum.

BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) bakal diagihkan untuk kali kedua,demikian yang dicadangkan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Razak semalam.Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata ,"bantuan tersebut boleh dilaksanakan jika kerajaan memperolehi peningkatan sumber pendapatan termasuklah penambahan jumlah kutipan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Semalam kita bincang dalam Kabinet,Datuk Seri Noh Omar pun ada.Saya beritahu Perdana Menteri,kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M).Tidak tahulah,itu pandangan saya tetapi PM senyum saja",ulas Timbalan Perdana Menteri ketika berucap pada Program Mesra Rakyat sempena Sambutan 100tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Jawa,Jeram.Sambungnya lagi,"Belia kata apa susah,cari sumber,kita ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan kita tidak dikutip dan bila PM arahkan LHDN tingkatkan kutipan,tahun lalu dapat tambahan hasil RM26bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30bilion.


Sehingga kini,dianggarkan seramai 4.78juta orang telah menerima manfaat daripada pengagihan BR1M daripada keseluruhan jumlah peruntukan RM2.6billion yang diluluskan kerajaan.Ia termasuk penerima BR1M di Parlimen Kuala Selangor yang mencecah 8,376orang dengan nilai sebanyak RM4juta.

TPM berkata lagi,kerajaan mampu menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat dan melaksanakan pembangunan melalui dasar transformasi nasional yang digerakkan oleh pentadbiran PM sekarang.Malah,bantuan itu diberikan dalam bentuk subsidi mencecah berbilion ringgit setahun,namun tidak disedari rakyat kerasa sudah terlalu lama menikmatinya dibawah pentadbiran keraajaan Barisan Nasional.


"Subsidi yang kerajaan tanggung berjumlah RM2bilion,tuan-tuan tidak tepuk tangan,pasal sudah biasa kerana apa yang BE berikan biasanya orang sudah lali,sebab sudah lama sangat tetapi tidak dapat dinilai.Kalau sebelah sana beri RM100,cerita gempak seluruh dunia.


Katanya lagi,"kita beri RM500, bagi subsidi..(orang kata) biasalah tu tanggungjawab kerajaan,sedangkan tidak semua negara berbuat demikian.Jiran kita Indonesia,rakyat mereka berarak di jalan raya kerana membantah keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.


bacaan lanjut di : Utusan Online

eca cakap-cakap ::
Baguslah jika BR1M diagihkan sekali lagi.Ini kerana peruntukan RM500 kurang mencukupi bagi rakyat,apatah lagi semakin banyak harga barangan naik walaupun harga minyak turun 10sen.
erkk,kalau ada peruntukan BR1M sekali lagi,untuk student ada lagi ke kupan RM200?!.
hikhikhik.



6 comments.. read them below or add one

azizah :) azizah :) 08 June, 2012
bagus la macamtu.. akak BR1M dulu pon dah dapat.. Alhamdulilah.. banyak kemudahan kerajaan beri ni..
Cik Purple Cik Purple 08 June, 2012
harap2 la klu dorg mo agihkan blk ni BR1M, dorg panggil la blk pekeja2 sambilan nih.. aku mo keja LHDN lg blk.. T_T
Yumida Yumida 09 June, 2012
sronoknye sape yg mendpt br1m tu...hope mereka gunakan dgn sebaiknya..
klo org kasi rm500...wooo nak nak...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 09 June, 2012
student cam eca xleh bg.. nanti org suh beli buku belajo, dia g beli novel... hahhahah

nak bg, bg kat akak ni.. muahahhahha :p
Papa Mifz Papa Mifz 09 June, 2012
murah rezeki rakyat...alhamdulillah...
fieda fieda 10 June, 2012
nak kasi lagi ye...alhamdulillah dapat la mak kt kg merasa lagi..

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*