esok,insyaallah akan buat persiapan terakhir untuk hari raya.SHOPPING MOOD sudah on....Wisma Merdeka,Segama,Sinsuran,Karamunsing Complex,City Mall,Centre Point akan ku jejaki.ngeee..tahan tak tahan,kaki je bakal menjawab.Ingat Wordless Wednesday #14 ??
RM757,ada sesiapa boleh tolong transfer ke akaun eca?!.ngeee
Macam tak logik je belanja raya ne..ye,tersangatlah banyak boleh dipotong dan tidak perlu.
Baju Kemeja - RM180.00.....rasanya tak perlula sampai macam tu kan?Cari kat mana tu....kat butik pun rasanya dah banyak sale.Then,ada satu kedai kat 1Borneo tu,baju kemeja dia RM38 berbanding di Wisma Merdeka harganya RM45..yeah,1Borneo adalah tempat WAJIB pergi macam ne...harap-harap sempatlah.
Seluar Jeans - RM90....maaf,daku bukan lah penggemar selua jeans berBRANDED neyh.so,beli yang murah-murah je....dalam RM30 - RM50,beli satu cukup.sebab yang ada ne,masih elok dipakai.ngeee.
Baju raya 2 pasang - RM360.makk aii,baju raya penuh labuci kot?!.takde,bukan style eca.So far,baju raya eca dah siap berjahit.Kain mama cari sendiri...cukup murah RM15 untuk 4 meter,ye bila eca cakap cantik..sangat cantik.hikhikhik...so,baju raya 2 pasang hanya dalam RM60 je termasuk upah jahit.Ingat nak jahit manik sendiri....misi mencari manik selepas ini.
Zakat - RM7,betullah kat Sabah memang RM7.Tapi bapa dah bayar.
Kuih raya - RM120,oke,kuih raya tahun ne semua kuih tunjuk yer....tunjuk-tunjuk je guna jari penunjuk,lepas tu keluarkan dompet dan silalah melantak...semua dibawah tanggungan mama.cuma tahun ne buat cornflakes madu + kek je.
sebelum mulakan aktiviti shopping esok,mari baca petua dulu ::
Kuih raya - RM120,oke,kuih raya tahun ne semua kuih tunjuk yer....tunjuk-tunjuk je guna jari penunjuk,lepas tu keluarkan dompet dan silalah melantak...semua dibawah tanggungan mama.cuma tahun ne buat cornflakes madu + kek je.
sebelum mulakan aktiviti shopping esok,mari baca petua dulu ::
1. Jangan terburu-buru membeli barang murah. Sewaktu melihat jualan murah berlangsung di kompleks membeli belah, jangan sesekali terburu-buru membeli barangan yang di lihat murah. Fikirkan dahulu sama ada anda memerlukannya atau tidak. Sekiranya anda sudah memiliki barangan tersebut, jangan beli.
2. Bandingkan harganya. Jangan tertipu dengan papan tanda jualan murah kerana harganya mungkin mahal daripada harga sebelum diskaun. Untuk mengelakkan diri dari tertipu tidak salah anda bandingkan harga barang yang ingin anda beli di kedai yang tidak melakukan potongan harga.
3. Bawa Teman. Salah satu untuk memastikan anda tidak boros, bawalah teman ketika membeli belah tetapi pastikan teman yang anda bawa tidak boros seperti anda. Adanya rakan yang menegur anda cara berbelanja mungkin membuatkan anda berfikir 2 kali dalam berbelanja.
4. Buat Senarai. Sebelum anda keluar rumah dengan tujuan untuk membeli belah, buatlah senarai barang yang ingin anda beli. Pastikan anda tidak membeli barangan yang tiada dalam senarai.
5. Peruntukkan jumlah wang untuk berbelanja. Pastikan anda menghadkan jumlah wang gaji anda untuk tujuan membeli belah supaya anda tidak menghadapi masalah sesudah musim raya. Jangan biarkan wang poket anda mengalir seperti air tanpa had sewaktu berbelanja.
peruntukan shopping : RM200.(untung mama,bapa & kaklong keja government ne)
so,esok bakal habiskan duit dengan :
Sepasang kasut baru (even sebelum praktikal dah menambah 3 kasut baru)
Sebiji beg (sebelum praktikal lagi nak beli,ne dekat nak habis praktikal..baru tercapai hasrat.moga-moga Parkson ada SALE & beg yang menepati selera eca)
3-4 helai tudung baru (kalau beli banyak boleh kurang harga tak?!.ngeee)
peralatan make-up (lipstik,bedak muka -semua nak habis dah!)
contact lens (ala,RM20 je kan?!.sekali-sekala nak beraya guna contact lens.hikhikhik.)
ALAMAK,kalau macam ne punya list,macam tak cukup RM200.
Ma,boleh tambah lagi tak?!.ngeengee.oh ye,eca tinggalkan anda dengan lagu raya feveret eca
beli yg murah2 je..
hehekk