mulai hari ini untuk 3 hari semua MUSLIM di minta berhenti menggunakan GOOGLE dan YOUTUBE kerana mereka enggan untuk menamatkan filem yang mengina Nabi kita MUHAMMAD S.A.W. ambil masa lebih kurang 5 minit untuk sebar msg ini supaya kita bole menjawab soalan dari ALLAH S.W.T apabila d tanya apa yang kita buat bila NABI kita di jadikan bahan ketawa.harap anda tidak membiarkan msg ini berhenti pada inbox sahaja,esok jumaat ada demo sejuta ummat di kedutaan.
Mesej ne eca dapat baru je dari seorang teman FB.Urm,berfikir juga nak share ke tak..last-last eca share kat sini....yerp,makin menjadi-jadi hinaan terhadap nabi junjungan kita.Ya Allah,adakah ini tandanya dunia akhir zaman?...masyaallah.
Disini eca kongsikan bersama-sama hasil carian eca berkenaan isu 'menghina' ini.
Allah s.w.t. telah mengangkat martabat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sesuatu kedudukan yang tiada tolok bandingnya dengan Nabi, manusia, dan makhluk yang lain. Kedudukannya banyak diungkapkan melalui al-Quran dan hadith-hadith Baginda s.a.w.
Antaranya ialah firman Allah Taala yang bermaksud:
Sesungguhnya kami mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Hendaklah kalian beriman kepada Allah dan rasulNya, mengagungkannya (Rasulullah) dan memuliakannya.
Firman Allah Taala yang bermaksud:[7]
Sesunggunya orang-orang yang menyakiti Allah dan rasulNya, maka Allah melaknati mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan bagi mereka azab seksa yang hina.
untuk bacaan lanjut,eca cadangkan terus ke site ini ::
kang ada yang cakap,hadis palsu lak...hukhukhuk,ne daku bagi sumber terus yer..tolong baca dan fahami...daku pun masi dalam proses memahami juga mendalami semua ini.
eca cuma nak berpesan,Jangan kita pulak terikut nak menghina Nabi....mari perbanyakkan zikir agar hati kita sentiasa mengingatiNya.Agar tidak dipesongkan akidah kita...betul tak?!
