Definisi dan konsep Hari Raya Aidiladha

Definisi dan konsep Hari Raya Aidiladha

Assalammualaikum.

yeah...Jumaat ne Raya!!!!..tak sabar nak balik kampung.Lepas kelas,ada meeting lak,lepas meeting...nak lepak kat library UNI buat thesis...petang tu konfirm eca angkut barang balik kampung.Tak Sabar nak Raya.....raya-raya juga tapi konsep Raya Korban tu amacam pulak....jom baca ::

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.


hikhik,kesian tengok lembu ne.
sabar la ko lembu..ko mmg untuk dikorbankan pun.
sebagai menjawan pertanyaan encik lembu...
"tahun ne saya korbankan perasaan melihat orang yang disayang bertunang dengan orang lain".
boleh macam tu encik lembu?..hahahaha  ^,^


pengorbanan korang macam mana pula?cer kongsi sikit~~~~~.

Post a Comment

18 Comments

  1. x sabo nak tengok wajah lembu yg akan dikorbankan esok. :)
    salam aidiladha utk eca..

    ReplyDelete
  2. slmt hari raya korban..hehe

    ReplyDelete
  3. dlm sebuah kehidupan mmg xkn pernah lari drpda berkorban..korban masa,korban keinginan,korban wang,korban perasaan etc...tp niatlah Lillahitaala..semoga dgn itu semua ye mnjadi ibadah..inshaAllah ^___^

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidiladha Eca...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya haji sis :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya Aidiladha untuk eca...akak pun balik kelantan petang ni..dah 2 tahun tak balik time raya ini

    ReplyDelete
  7. salam aidiladha jgk..hm, bertunang dgn org laen? xpela, nk buat mcm mana kan sbb jdoh dia dgn org laen..insyaallah, jodoh tuan belog akan lbh baek dr dia..=) pengorbanan sy pulak ialah, korbankan masa bersama family kepada masa bersama family in law..huhuhu

    ReplyDelete
  8. salam aidiladha laling....

    ReplyDelete
  9. Salam aidil adha buat eca.

    ReplyDelete
  10. salam aidil adha :) jgn kesian , anti haram pulak .. hehe

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya korban. hihi

    ReplyDelete
  12. hhahha xthn ayat eca yg last.. lawak la eca ni.. pe2 pun sabo yer :-)

    ReplyDelete
  13. selamat hari raya korban, akak :)

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya korban..terlambat suda...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*