Assalammualaikum.

Sayang,itu murni perasaannya.
Sayang,tak perlu sebab.
Sayang,mungkin hati tak pernah sedar.
Benci,tumbuh bila sayang tiada.
Benci,bukan sengaja dalam hati.
Benci,saat diri ini terluka.

Saya pernah sayangkan awak.ya,tanpa sebab dan alasan.
Bukan kerana wajah,bukan kerana harta.
Kerana wajah itu akan dimakan usia.
Kerana harta itu akan hilang begitu saja.

Saya tak bermaksud untuk membenci.
Cuma kekecawaan merajai hati.
Saat sayang hilang melayang
Benci menguasai diri.

Mereka kata benci bertukar sayang.
Namun sayang saya bertukar benci.
Lantas,diusir benci dari hati,
agar sayang tak kembali.

Cukup,selama ini menyayangi.
Cukup,cinta berhenti berharap.
Cukup,masanya membenci.
Cukup,tiada lagi kisah ini.

yer,saya pernah sangat sayangkan dia.
saya pernah menanti kehadiran dia.
tapi itu semua PERNAH.hanya PERNAH.
bukan bermaksud membenci,
tapi,andai itu alasan tuk menjauh,
saya rela membenci.
Terima Kasih sebab bagi saya harapan,Terima Kasih buat saya menanti.
Semoga awak bahagia dengan dia.
Saya doakan.


orang baru putus cinta,macam ne eh?!..entry pun semua sedih-sedih.
Dah-dah,jangan ikut  emo segala.kita doakan kebahagian dia dengan yang tersayang.
I'll be oke.hilang satu,3 pengganti...leh tak yunk?!. =P
eh,rasa murni je diri ini doakan kebahagian dia.hahahaha. #bengong tul budak eca neyh!