Segmen Mialiana.com - Mari Berpantun


Assalammualaikum.
malam hari buat ketupat,
dimakan bersama dengan kari,
pantun dijual penuh semangat,
ecadwinkyasha menjadi pembeli.

tutup pada : 15 Oktober 2012.


Malam-malam pergi kedai nyonya
Kedai jauh naik kereta Waja
Andai Mia ingin bertanya
Apakah nama panggilan manja

Nyonya pakai baju kebaya,
kebaya dibeli dikedai India,
Kak Mia sudah bertanya,
sudi kiranya panggilku eca. 

Kepala pening berpinar-pinar
Penat sungguh berlatih yoga
Jangan malu jawablah benar
Adakah bujang atau berkeluarga

Berlatih yoga bersama-sama,
tubuh badan segar rasanya,
segan benar hendak berkata,
ecadwinkyasha bujang orangnya.

hikhik.saya BUJANG!.sungguh.masih mencari.

Langit cerah indah warnanya
Ambil gambar rasa teruja
Ingin juga tahu statusnya
Sedang belajar atau bekerja

basuh kereta dimalam hari,
basuh berdua bersama suami,
dua-dua sudah kujalani,
sekarang belajar,bekerja lagi.

yerp,pernah bergelar GOVERMENT SERVANT selama 6 bulan sebgai GSTT.
sebelum meneruskan perjuangan di UNIRAZAK,SABAH.

Buat kopi pekat-pekat
Makan roti dengan tuna
Adakah jauh adakah dekat
Tinggalnya di negeri mana

jangan duduk rapat-rapat,
andai belum berstatus halal,
nak kata jauh tidaklah dekat,
Negeri Sabah saya berasal.



kayuh sampan sampai ke hulu,
membawa bersama segulung rotan,
terima kasih kuucap dahulu,
sudi membaca pantunku teman.

{ 23 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown 10 October, 2012
aiwahh pandainya dia pantun.. :)
all the best taw.
Ena's Stories Ena's Stories 10 October, 2012
alaa...tak pandai pantun la...cane nak join nih!
Unknown Unknown 10 October, 2012
ewah2.. pandai eca berpantun yer..
hazwan hairy hazwan hairy 10 October, 2012
wahhhh pndainya..hery mmg xla..xreti..haha
Lady like Lady like 10 October, 2012
waaaa..bestlaa pantun eca...sedap bunyi :)
IntaNBerliaN IntaNBerliaN 10 October, 2012
kreatip.. pandai berpantun gak upenya... -)
Unknown Unknown 11 October, 2012
Pandainya..kreatifffff. Hee
Unknown Unknown 11 October, 2012
Pandainya berpantun. Kalau Mieya, memang tak lah.
Leeza Dayasari Leeza Dayasari 11 October, 2012
pandainya....
hebat berpantun noh..
heeeeee
dEdEQ dE wIshEs dEdEQ dE wIshEs 11 October, 2012
WOW .. PNDAI ERK BERPANTUN .. HEHE .. SELAMAT BERSEGMEN KAK
ayut ayut 11 October, 2012
makan kuah kacang dengan ketupat,eca memang hebattttt~
hahaha..pantun jgn tak berpantun :)
Lepakk sharing place Lepakk sharing place 11 October, 2012
Wow pandai nye pantun..
saya tak pandai pantun langsung
Unknown Unknown 11 October, 2012
wah.dasyat juga eca berpantun ye.hehehe..gud luck tau
Mia Liana Mia Liana 11 October, 2012
Terima kasih daun sadri
Sudi membeli pantun ini
Tersenarai sudah link entri
Dalam entri segmen ini
Nur Nainis Nur Nainis 11 October, 2012
Singgah sini membaca pantun..best. ^__^
Tieah Madian Tieah Madian 13 October, 2012
Malas nak perah otak! Hahaha.

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*