Assalammualaikum 1434H


Assalammualaikum.

Masuk waktu Maghrib nanti maka masuklah kita ke satu tahun baru mengikut kalendar Islam.Assalammualaikum 1434H......

Sesiapa yang membaca doa ini,Syaitan akan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


SEJARAH AWAL MUHARRAM/ MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Perkara sunat yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan Muharam :

1. berpuasa pada awal Muharam
2. berpuasa pada 9 & 10 Muharam.


doa eca buat kita semua :: Semoga Tahun ini adalah lebih baik dari sebelumnya.Semoga ada sinar baru dalam hidup kita semua.Sematkan dalam hati,jika ingin berhijrah ke satu fasa yang lebih baik,tetapkanlah imammu,teguhkan keyakinanmu.Insyaallah,Allah SWT mendengar semua doa kita.Amin.

eca cakap-cakap : semoga tahun ini dapat berjumpa si dia yang bakal menjadi imam dalam setiap solat,yang akan menjadi ketua dalam setiap acara,yang akan sentiasa selalu ada dihati.amin amin. ^,^

{ 9 comments.. read them below or add one }

Masya Masya 14 November, 2012
salam maal hijrah echa.. akak doakan dr kejauhan moga dimakbulkan doa echa...
Miss N™ Miss N™ 14 November, 2012
lagi beberapa jam je kan..:)

salam maal hijrah buat eca..

moga kita sentiasa di lindungiNYA....
Miss Pija Miss Pija 14 November, 2012
salam maal hijrah eca :)

thanx for sharing the info.
Unknown Unknown 14 November, 2012
amin...semoga doa eca itu akan dimakbulkan...amin..
Unknown Unknown 14 November, 2012
Salam awal muharam sis :)
Nik Nik 14 November, 2012
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah :)
mari sama2 berubah kepada yg lebih baik :)
Unknown Unknown 14 November, 2012
banyak lagi ilmu yg fendy x tahu..thanx sebab sharing...

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*