5 Anugerah Wanita dianugerahkan Allah SWT #2


Assalammualaikum.



6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
sumber : FACEBOOK

eca cakap-cakap :: pengorbanan yang kamu lakukan itu sangat besar.Maka,kamu adalah antara mereka yang dijanjikan SYURGA diakhirat nanti.

{ 11 comments.. read them below or add one }

boni kacak boni kacak 21 December, 2012
moral of the story.. jadilah seorang isteri dan seorang ibu yang baik.. jadilah pelengkap tulang rusuk yang terbaik utk suamimu :)
azizah :) azizah :) 21 December, 2012
banyak pahalanya jadi seorang isteri dan ibu...semoga kita berjaya laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin..
CIK TOM CIK TOM 22 December, 2012
byk pahala kl jadi wanita ni kl betul caranya..dan wanita juga yg plg byk menghuni neraka kl tsilap percaturan hidup...

Nak jemput eca dan semua pelawat blog ni join contest terbaru cik tom ye: Contest Bersama Cik Tom dan Exabytes
ayut ayut 24 December, 2012
bila menjadi isteri dan ibu...byk pengorbanannya...byk juga pahalanya..in shaa Allah...berusaha lakukan yg terbaik
eintan nurfuzie eintan nurfuzie 24 December, 2012
mmm.. yg last tu yg mmg terbaik..
Aku Penghibur Aku Penghibur 25 December, 2012
semoga menjadi muslimah terbaik !! dan wanita solehah
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa 26 December, 2012
wah beruntung jd seorg wanita :)

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*