disebalik kenyataan,
semua orang meluat,
kamu dan kemenangan,
yang bukan milik kamu.
ya,kamu menang...
mereka bersorak gembira
untuk menggembirakan kamu
tapi seketika cuma.
yang riang itu sahabat
mungkin juga sekadar parasit
yang akan pergi mencari yang lain
itu pasti bila kamu rebah
aku ingin merapu
bukan kerana aku cemburu
cuma aku terkilan
yang mengaku cuma kamu
sedang yang lain
ada tragis tersembunyi
kamu tak pernah ambil tahu.
"mungkin kamu perlu menghargai pengorbanan orang lain,
mungkin kamu perlu selami penderitaan orang lain,
atau mungkin kamu cuma harus berkongsi"
p/s : maaf pada penggunaan "aku"
