Tujuan dan Tips Blogging Dunia Sebenar Shida

Tujuan dan Tips Blogging Dunia Sebenar Shida


shida share lah dengan korang beberapa TIPS BLOGING untuk korang dan shida sendiri pelajari, ok jom sama-sama belajar :)


Paling-paling utama elakkan dari minda korang nak bloging kerana ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Mengumpat mengata entah benda atau perkara itu sahih atau tidak. Buanglah rasa hasad dengki korang tu kerana berbloging kerana itu memang tak membawa korang kepada blogger yang berjaya dan bersih! tapi membawa korang dibenci pembaca. Bila dah dicemuh dan dimaki apa yang korang dapat?? NOTHING! so kurang-kurangkan lah kontroversi dalam berblog.

mengejar populariti itu memang ada dalam setiap blogger. tipulah nak kata tak ada kan!! Semua orang ada cita-cita dan matlamat dalam bloging Ada yang nak jadi macam orang ni, macam orang tu. bagi shida lebih baik menunggu populariti datang kepada kita sendiri daripada mengejar. Menunggu dan mengejar ENDING dia tak sama. dah banyak contoh terdekat yang nyata ada disekeliling kita untuk dijadikan contoh. Tak percaya?? sila sila silalah buat :)


part ni shida suka, biasa blogger otai atau blogger yang kategori dalam "temporarilypopular" ni biasanya ada "EKP" apa maksudnya tu? hehee maksudnya 'eksyen' 'kerek' 'poyo' . Tak salah kalau korang otai dan femes korang ada "ekp" tapi biarlah bertempat. Kadang-kadang yang tak otai dan femes pun ada "ekp" ini perkara biasa bagi shida "ekp" tak bertempat namanya. Shida tahu tak semua blogger otai dan femes ni sombong dan "ekp" dan mereka juga lebih berhati-hati dalam pergaulan sebab ada yang nak bergaul "ada udang disebalik batu" paham kan?? orang kata "diam-diam ubi berisi" paham tak? hehee..paham-paham lah sendiri. Jadikan perkataan OTAI itu adalah satu simbol yang baik. Shida suka blogger otai dan femes membantu dalam dunia bloging, menegur dengan berhemah jika pasti itu adalah kesalahan. Tambahan pula yang jenis berpuak-puak shida sangat-sangat pantang!! tak suka blogger yang berpuak-puak. shida sure korang juga tak suka kan?


ok part ni memang sensitif sikit. sebab shida sendiri juga berbloging sambil menjana pendapatan sampingan. TAPI tak boleh lah terlalu taksub ok. Rezeki kita masing-masing tak sama dengan orang lain. Orang kata rezeki masing-masing jadi setiap rezeki yang dikurniakan bersyukur ok. Terlalu mengejar pun tak sedap juga kita dengar. Mengejar yang yang halal itu lebih penting ..AMIN..


Apa tujuan korang berblog sebenarnya?? sila-sila share pada komen ya :) ok tujuan berblog pasti lah nak berjaya dalam dunia bloging. Maksud "BERJAYA" bukan lah berjaya sehingga dinobatkan dari mana-mana pihak "anda adalah yang terbaik dan berjaya". atau mendapat segulung ijazah sarjana muda "blogger terbaik" atau pengikhtirafan dari mana-mana pihak. Kalau dapat Alhamdulillah satu misi dah berjaya tapi sebenarnya berjaya dalam bloging adalah kepuasan yang kita sendiri dapat dalam bloging. Macam shida sendiri "kepuasan" itu adalah pembaca pengunjung pengomen pengikut dan macam-macam 'pe' lagi yang ada dalam blog Dunia sebenar Shida ni dan dapat kenal pula dengan kawan-kawan yang spoting (susah senang bersama) dan sumber inspirasi membuatkan shida lebih bersemangat untuk terus menaip dan berbloging hingga ke penghujung hari. Terima kasih kepada semua kerana membawa shida hingga ke tahap sekarang! dari sifar ke sepuluh. Terima kasih! love u all <3


Tentang Penulis :: Mula berblogging pada tahun 2010 dan mula menggunakan domain sendiri pada tahun 2012.Selain berblogging,beliau juga menerima tempahan edit blog.So,jom terjah ye!

Follow blog beliau --> Follow
Like Fanpage beliau --> Like

eca cakap-cakap :: yang penting jujur dan ikhlas dalam blogging.Income?!...itu satu bonus :)

Post a Comment

9 Comments

  1. As Salam, i am currently conducting a survey about mosque for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

    ReplyDelete
  2. Blog Shida memang kaya dengan Tips...
    tips-tipsnya semuanya mudah2..Nur salah seorang pembaca bisu blognya... :)

    kadang2 jari berbicara juga.. :)

    apapun, semoga berjaya buat Shida.. :)

    ReplyDelete
  3. tips yg bagus dari shida ni

    ReplyDelete
  4. satu kepuasan bila berblog.. hasilkan penulisan sendiri... lebih2 lagi bila org baca penulisan kita tambah semangat lagi...

    ReplyDelete
  5. wahhh... sebenarnya seronok bila berblogging ni... mood suka...

    ReplyDelete
  6. bukan senang nk dpt income melalui berblog nie... hakikat...
    apa2pun terus jer berblog utk diri kita sndiri.

    ReplyDelete
  7. bagus penulisan shida ni..at least dapat menyedarkan antara satu sama lain :)

    ReplyDelete
  8. ikhlas dlm berblog... :) tujuan dan tips...shida ni mmg rjin bg tips..hihihi :)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*