Menjadi Aku #rintihan seorang aku.


Assalammualaikum
pada perkataan "aku",itu cuma kata ganti nama diri pertama.
yang "aku" belajar saat "aku" mula melakar kata.
bukan atas sekeping kertas,cuma dari sekeping hati.
terima kasih "aku" ucapkan.

Menjadi Aku.

Sesuatu dalam hidup ini,
bukan aku yang tentukan,
Orang kata itu takdir,
tapi bagi aku,
itu coraknya.

Kamu ingin menjadi aku,
aku cuma tersenyum,
nyata kamu belum mengenali aku,
disebalik satu nama,
bersembunyi rahsia itu.

Kamu mendewakan aku,
aku tertawa disebalik sinisku,
siapa aku untuk itu,
jauh dan tak ingin kugapai.

Kamu bukan dirimu,
tentu sakit sekali,
aku cuba mengerti,
hanya sakit kurasakan.

kamu,
ingat pesanku,
dengar rintihku,
berhenti jadi aku.

berhenti jadi "aku",boleh?!..aku mohon.


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*