Review Filem Hansel & Gretel

Review Filem Hansel & Gretel

Assalammualaikum.

Review Filem Hansel & Gretel....tak rugi tengok,eca sampai dua kali tengok,tak TERTIDUR LANGSUNG oke?!..kalau selalu,bila tengok movie kali ke-2 atau tengok mid-night movie,mesti akan lelap 5minit.tapi movie ne TIDAK SAMA SEKALI...best ke tidak,mari baca review dari eca.


Hansel & Gretel,dua beradik yang ditinggalkan oleh ayah mereka didalam hutan pada suatu malam.Ekoran dari itu,mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain untuk mencari jalan keluar.Sehinggalah mereka terjumpa sebuah rumah yang dipenuhi dengan gula-gula.Kerana kepenatan dan kelaparan,mereka berdua memakan gula-gula yang berada dirumah tersebut sehinggakan mereka  terperangkap masuk kedalam rumah yang dipenuhi gula-gula.Rupa-rupanya rumah itu ialah milik seorang ahli sihir yang sangat kejam.Kerana ingin menyelamatkan diri,mereka berdua terpaksa membunuh ahli sihir tersebut.

*camna dorang bunuh ahli sihir tu?!..korang kena TENGOK dengan perasaan berdebar~

Selepas je kejadian itu,mereka berdua ne digelar WITCH HUNTER....kerja dorang memburu ahli sihir dan membunuh ahli-ahli sihir...Sehinggalah dorang dapat satu job ne dan mengembalikan kenangan pada zaman kanak-kanak mereka.....

Apa pula kaitan job mereka tu dengan kejadian mereka berdua ditinggalkan di hutan?
Apa pula yang terjadi kepada ibu bapa mereka?
semua itu akan terjawab KALAU korang gi tengok MOVIE ini sendiri.
Bagi eca,kekuatan movie ini bukan sahaja pada kemantapan pelakon utama sahaja malah juga dari kesemua pelakon-pelakon....Dari segi bunyi,...mantap habis.Ada satu scene tu,eca tak sangka-sangka..sampai dalam cinema boleh lak teriak sebab terkejut dengar sound effect tu....*sampai kena kutuk oleh kawan*

so,eca bagi 4.5/5 bintang untuk movie ini.kenapa tak bagi 5 bintang?!..sebab movie ne kejap je..sejam setengah gitu.....klu lama sikit,banyak scene-scene bunuh-bunuh ke cinta-cinta ke..oke kot!.hikhikhik.yang bawah 18tahun,jangan nak tengok yer.ini cerita kategori dewasa.ada unsur SX & SG.macam eca boleh tengok,dah dewasa sangat kot.hahaha~


p/s : eca tengok movie biasa,bukan 3D..tu juga kot yang tak bagi 5bintang.nak try tengok 3D la pulak.ada sesapa nak belanja..baru RM16 kat GSC Suria Sabah...jom!

Post a Comment

8 Comments

  1. Macam best cter ni.. :) leh lah p tengok nanti. tq share kak

    ReplyDelete
  2. wah iklan....hehe

    PS: tgh menunggu entri sokongan....

    ReplyDelete
  3. best2..ramai kata best nih..:)

    ReplyDelete
  4. citer baru ke ni? macam best!

    ReplyDelete
  5. dah 4 tahun kawin 4 tahun la xtgk wayang... huhu

    ReplyDelete
  6. pernah baca dalam blog arelan..katanya ganas...
    nur kurenglah ganas2 ni..huhhu

    ReplyDelete
  7. mcm best je..nak kena tgk ni.. :)

    ReplyDelete
  8. wah mcm best...bah kau belanja kak p tengok..haha

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*