Resepi Nasi Lemak Ikan #terjun.


Assalammualaikum.

kali ne nak kongsi resepi yang amat sesuai tuk dijadikan sarapan.Malaysian Most Favourite Breakfast Menu..iaitu Nasi Lemak.Kali ne eca kongsi satu resepi yang sangatlah mudah sebab tak sampai sejam dah siap oke?!...tak caya leee tue~

Resepi Nasi Lemak Ikan



Bahan-bahan :
untuk nasi lemak.
  • Beras 3 cawan 
  • Santan 1 peket
  • Air secukupnya

untuk sambal ikan (ikan masak merah je puwn).
  • ikan agak-agak setengah kilogram
  • bawang merah 3 biji (ditumbuk)
  • bawang putih 5 ulas (ditumbuk)
  • bawang besar 1 biji (dihiris)
  • cili boh 4sudu makan
  • sos cili 4sudu makan
  • sos tomato 1sudu makan
  • kicap 1sudu makan
  • nak pedas tambahkan cili padi.
  • serbuk kunyit - untuk menggoreng ikan
  • garam secukupnya.
  • air secukupnya.

Cara Memasak :
  • siang ikan,bersihkan & kemudian goreng (peram ikan bersama kunyit & garam sebelum menggoreng)
  • Bersihkan beras,kemudian campurkan serbuk santan dalam beras tadi.Gaul sebati & tambahkan sedikit garam.Kemudian,tambahkan air mengikut sukatan beras.
  • eh,tengok-tengok gak ikan kamu tu,jangan sampai HANGUS lak yer..garingkan sedikit sahaja tau.
  • Dah habis menggoreng ikan,buat sambalnya pula.
  • Panaskan minyak,kemudian tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau.
  • Dah naik bau,masukkan cili boh dan masak sehingga keluar minyak.
  • campurkan sos cili & sos tomato.
  • Didihkan sebentar dan masukkan bawang besar yang dah dihiris.
  • Dah agak layu bawang besar tersebut,masukkan sedikit air.
  • Last masukkan kicap & sebatikan rasa sambal kamu.
  • Dah masak semuanya,masukkan ikan goreng tadi ke dalam sambal dan sebatikan.
  • kalau nasi da masak,boleh la terus makan yer.

seriously,tak sampai sejam dah siap tau.kalau lagi expert tak sampai pun setengah jam..eca rasa eca masak dalam 45minit je tau..expert tak expert?!....hahaha,tapi ne nasi lemak ikan versi SIMPLE eh...bukan versi pemalas.kalau versi pemalas,guna je sambal ikan tin tu.hikhikhikhik.


err,makcik..saya sayang anak makcik.agak-agak makcik boleh masuk meminang saya tak?!.kuikuikuikui.
p/s : BREAKFAST korang apa eh pagi ne.....ke terus BRUNCH ke?.....
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*