Resepi Ikan Masak Kari Kering


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!  

Assalammualaikum.

Menu hari ini,kita akan belajar cara masak Ikan Masak Kari Kering...ye ibu-ibu sekalian,mohon sediakan pen & kertas..nanti masak,takyah buka blog eca yang cute ne....susah payah lak ulang alik,melainkan anda ada ipad ke iphong ke..boleh la tengok resepi sambil menumis,nak masukkan ipad ke iphong tu pun boleh,ada perisa tambahan gitu...hikhikhik. 


Bahan-bahan :
1kg ikan basung (kat Semenanjung,eca tak tahu nama ikan ne yer...)
3 biji bawang merah (ditumbuk/blend)
5 ulas bawang putih (ditumbuk/blend)
3 batang serai
Daun kari 
3 sudu makan serbuk kari
1 cawan cili giling/cili boh
Garam + AjinomotoAir + Minyak untuk menumis


optional :
Cili Padi (nak lagi pedas,tambahkan je)
kayu manis, bunga lawang dll.
Lada Merah 

Cara Memasak :
1 ) Bersihkan ikan (buang insang & isi perut..eca kalau da malas,sekali potong kepala ikan tu.Kemudian cuci)
2) Lumurkan ikan dengan garam.
3) Goreng ikan sehingga garing.
4) Angkat ikan yang dah habis digoreng dan ketepikan. 
5) Panaskan kuali baru & masukkan minyak.
6) Masukkan bawang yang dah ditumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau.
7) Masukkan serai & daun kari.
8) Bila da naik bau,masukkan cili boh dan tumis sehingga keluar minyak.
9) Masukkan serbuk kari dan tumis lagi sehingga keluar minyak.
10) Tambahkan air sedikit jika tumisan terlalu pekat.
11) Bila dah masak kesemuanya,masukkan ikan yang dah digoreng tadi.
12) Gaul sebati bahan tumisan & ikan di dalam kuali.
13) Sebatikan rasa (tambah garam,ajinomoto @ gula ikut selera anda)
14) Setelah siap,boleh dimakan dengan nasi putih...konfirm mak mertua lalu,tak nampak!


bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.  

kenapa ada optional ingredients?!
1) Ada yang tak suka pedas sangat,so tak perlu tambah cili padi.Sebabnya kari & cili boh tu memang da pedas.
2) Rempah kering seperti kayu manis,bunga lawang dll (yang orang dok panggil 5 sekawan tu lahh) sebenarnya menaikkan lagi bau masakan & tambahkan rasa pada masakan..tapi kalau nak simple-simple,takyah letak lah.
3) sebagai hiasan & penambah rasa boleh tambah lada merah.
 
sebenarnya, masa masak hari tu,eca terlupa letakkan daun kari ketika menumis...Dah siap masak baru teringat...sungguh pelupa diri ini.Then,baru eca gorengkan daun kari tu (gunakan minyak bekas goreng ikan) kemudian gaul sebati dengan ikan masak kari kering bagi naikkan selera & bau kari...even buat macam tu,sedap tak terhingga tau!!!

    
simple je kan,tapi penatnya....sebab masak 4kg tuk kenduri arwah hari tu.dah la kita masak sorang-sorang tak berteman......makcik,cepatlah masuk minang!hikhikhik.
sekali lagi nak tanya, kat Semenanjung/Sarawak panggil ikan ne apa eh?!..sebab kat Sabah,eca panggil ikan basung..masak ampap pun sedap...haish haish terliur sudah bha.