Rahsia Jambu Batu


Assalammualaikum.

angkat tangan jika anda suka makan buah macam eca!!!.Buah tu baik untuk kesihatan yer..sila amalkan,macam eca yang tengah diet ne...makan buah diwaktu malam menggantikan nasi adalah perkara yang amat digalakkan.Dalam banyak-banyak buah,eca sebenarnya paling suka makan Jambu Batu.Sebenarnya korang, Jambu Batu ini mempunyai rahsia khasiat yang tersembunyi..jom baca rahsia itu ::

Rahsia Jambu Batu


1. Jambu adalah buah yang kaya dengan serat, ia membantu untuk mengubati sembelit dan melancarkan sistem pencernaan.

2. Magnesium dalam jambu membantu untuk merehatkan saraf dan otot di dalam badan.

3. Jambu batu adalah rendah kalori dan lemak , ia mengandungi beberapa vitamin penting, mineral, dan antioksidan poli-fenolik dan sebatian flavonoid yang memainkan peranan penting dalam pencegahan kanser,imun-booster, dan lain-lain anti- penuaan.

4. Jambu penuh dengan vitamin dan mineral yang membantu untuk menjaga kulit sihat, segar dan memperlahankan proses kedutan kulit.

5. Jambu batu adalah sumber yang sangat baik vitamin A, nutrien paling dikenali untuk memelihara dan memperbaiki penglihatan.

6. Sebiji buah jambu dipenuhi mempunyai kalium hampir sama seperti pisang. Kalium berfungsi sebagai faktor penting dalam mengawal tekanan darah dalam badan.

7. Kandungan vitamin E juga boleh dijumpai didalam jambu. Vitamin E membantu mengekalkan kulit yang sihat melalui sifat antioksidan.

8. Jambu batu adalah buah yang tiada kolesterol. Ia akan memenuhi perut dengan serat dan nutrien lain sekaligus mengurangkan rasa lapar untuk jangka masa yang panjang.


wahhh,banyakkan rahsia khasiat jambu batu.paling eca suka jambu batu mengurangkan rasa lapar untuk jangka masa yang panjang,boleh la amalkan ketika berpuasa nanti..kan kan?!...oh ya,eca bukan sahaja penggemar buah jambu batu malahan jus pink guava juga..memang sedap rasa dek tekak bila minum.



psst : selain jambu batu, eca pun suka makan jambu air..bertambah jambu muka daku,comel macam kak ton =.="