Bukan Bubur Ayam McD.


Assalammualaikum.


Tak tahu sebab apa,tapi yang pasti..eca suka makan bubur....bubur jagung, bubur durian, bubur nasi....tapi tidak pada bubur kacang hijau.Seriously,bubur kacang hijau bukan feveret eca.Rasa nak muntah je bila makan bubur kacang hijau.Kalau kat Bazaar Ramadhan tu, berlambak orang jual bubur kacang hijau.takde feel oke nak makan.hikhikhik.Tapi kalau sebut bubur nasi..bubur jagung...meh meh bagi kat eca oke?!.

SO, last Friday eca kan OFF..merajinkan diri pulak masak bubur nasi + ayam.....nak makan bubur ayam McD, takde geng...so masak lah snediri....superb sedap oke?!...mari mencuba resepi yang kononnya sedap tu..*sendiri masak,baik puji diri sendiri kan?!*

Resepi Bubur Ayam ala McD-lah sangat.

Bahan-bahan ::
  • 1/2 cawan beras (makan sorang tuk berbuka + sahur)
  • 3 sayap ayam 
  • 1/2 lobak
  • Rempah Kering (Kayu Manis + Bunga Lawang)
  • 2 batang serai
  • Bawang Merah + Bawang Putih + 1 inci Halia (dihiris nipis)
  • Serbuk Lada Putih + Serbuk Lada Hitam
  • 1 kiub Stok Ayam (eca guna Maggi punya)
  • eca tambahkan sayur sawi
  • Air (12 kali ganda dari sukatan beras)
untuk hiasan :
  • Bawang Goreng
  • Daun Sup
  • Sosej yang dihiris nipis & digoreng
  • Sotong kering
Cara Masak (ikut suka hati daku je ne oke?!)
  • Panaskan minyak (kalau ada minyak bijan lagi meletup!).
  • Tumiskan rempah kering sehingga naik bau kemudian masukkan bawang putih,bawang 
  • merah,halia & serai.
  • Tumis sehingga naik bau,kemudian masukkan ayam.
  • Campurkan serbuk lada putih  & serbuk lada hitam,kemudian gaul sebati.
  • Agak-agak ayam da mula masak gitu....tambahkan air + masukkan beras.
  • Bila dah mendidih, kecilkan api dan masukkan lobak.
  • Agak-agak dah nak kering air tu,masukkan sayur sawi.
  • Lepas tu,bolehlah letakkan hiasan.Eca letak sosej + sotong kering pun dah memadai tau.
teringat-ingat rasa sosej, sotong kering, bawang goreng tuuuuuuuuuuuu.sedap!

bukan selalu masak-masak macam ne, so maaflah kalau ada yang kurang berkenan eca upload gambar makanan ekhhhh.