Ole-ole dari Taiwan.

Ole-ole dari Taiwan.

Assalammualaikum.


Last two weeks, boss eca cuti seminggu pergi bercuti kat Taiwan.(kali ke-4 dia pergi Taiwan tau!)...so,eca kena jaga opis la.Bila bos balik, banyak giler ole-ole dia bagi kat kitaorang...bukan setakat untuk cikgu je, malah untuk students pun ada.Bagus kan my boss,..tak pernah lokek ilmu dengan eca tau.


tulisan cina bukan bermaksud tidak halal oke...apatah lagi makanan seaweed tu berasaskan laut.rumpai laut yang korang dok suka tepek kat muka tue lahhhh.hikhikhik.

Butter Sun Cream - trust me, SEDAP sangat..butter cream kat tengah-tengah tu cair didalam mulut tau.bos eca cakap tak perlu masukkan ke dalam peti ais..nanti dia keras sangat,tak sedap dimakan.Teringat-ingat rasa dia tauuuuuu.

Crispy Goldfish Snack - yang ini,eca kongsi dengan anak sedara eca semalam tau.Dia boleh minta balik-balik lak,eca ingat dia taknak makan sebab seaweed kan tak sedap sangat rasanya.Rasanya agak pedas sedikit, tapi ranggup tau seaweed tu,tak macam selalu yang eca makan,liat je.hehehe.

Taiwan Keychain - actually bos bagi dua pilihan tau..yang macam dalam gambar dengan satu lagi ada syiling Taiwan & peta Taiwan...eca amik yang kat atas tu sebab comel.Selain itu,bos bagi extra pen Hello Kitty.even bukan peminat Hello Kitty, suka sangat pen tu.Siap ada tempat gantung.Kira dua dalam satu lah ne (pen & keychain)....bertambah-tambah koleksi keychain eca.

and last, takde dalam gambar..boss bagi tart nenas Taiwan homemade.Boss eca cakap, dorang tidak jual kepada pelancong yang datang berkumpulan.Maksudnya, yang under tour guide lah,kalau nak beli...terpaksa masuk bergilir-gilir.wahhh,macam tu pun ada kan?!....rasa dia, aduhhh....guna jem nenas yang dibuat sendiri.eca tau la,sebab eca selalu tolong mama buat tuk raya kan...dah tu, jem dia banyakkkkk.weee,nak lagi ooo~


eca siap cakap dekat boss, nanti u pergi lagi, saya mahu kirim la tu makanan,sedapppp oke?!.

boss yang baik akan buatkan pekerja stay lebih lama kan?!...thats why eca masih keja kat situ even gaji tak tinggi...tapi boss, kalau naik gaji bulan ne atau ada bonus raya,oke juga kan?...bonus-lah-sangat,yang ko dah apply cuti terus-menerus tu,apa kes.....nasib baik boss memahami.