Potpori Homemade


Assalammualaikum.

Sebagai seorang perempuan, wangi itu wajib kepada eca!...terutama dalam rumah.Mesti nak wangi je rumah bila balik keja...baru hilang stress kan?Kat rumah kecik eca tu, setiap bilik ada pewangi tau..addicted tul kepada wangian..tapi banyak-banyak pewangi, eca paling suka potpori eca ne.

Sebenarnya bekas potpuri ne eca buat sendiri menggunakan bahan terbuang.apa yang eca perlukan ialah

Bekas Gam Plastik (selofen eh orang panggil?)
Reben
Kertas Pewangi  (beli kat Kaison RM2.90..lebihan dari lapik rak buku)
Pembalut Bunga (recycle bunga konvo)
Kelopak bunga kering (recycle bunga konvo)
Pewangi Munif Hijjaz (beberapa titik je)

Bekas gam tu korang susun bertingkat dan lekatkan guna gam.pastu, balut dengan pembalut bunga dan ikat reben...Then, bahagian dalam susun elok kertas pewangi.Letakkan bunga kering kemudian titis pewangi.Siap dah...boleh jadi decoration kat ruang tamu :)

Senang kan...guna barang terpakai lagi.Selagi boleh recycle takde salahnya kan?...nanti eca share lagi decoration kat rumah eca yer...

0 comment... add one now

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*