Ini adalah KEGEMBIRAAN.


Assalammualaikum.

Bak kata orang, kegembiraan itu satu yang harus dikongsi bersama.Rasionalnya?..agar kegembiraan kita membuatkan orang lain juga bergembira.Nak share berita gembira yang eca tunggu-tunggu sejak tamat semester 1..apa lagi kalau bukan result exam kan?!Sebelum nak reveal result exam, eca nak kenang-kenang peristiwa lama.....

Seminggu sebelum exam, eca asyik nangis-nangis-nangis,sampai calling dengan Solehah yang jauh kat Perak tu..nangis-nangis tak henti.aduhh, sakit otak tau bila putus cinta & dapat tahu ex-bf ko dah ada pengganti.BTW, exbf nak bertunang dah bulan 3 ne, kahwin 8 Jun....caya tak dia gitau eca?!.Kita doakan je lah majlis dia...ohya, 9Jun exam tuk semester 2..tabahlah hati ya eca.HAHA!..dari fikir pasal exbf yang pandai cari kita bila bakalbini dia tak sambut 20kali call dia tu, baik kita cerita pasal berita gembira.

Dalam seminggu sebelum exam tu, eca dah cuti.So seminggu la untuk eca buat ulangkaji.Sempat lak tu buat study group dengan kawan-kawan seperjuangan...dan yang paling eca hargai, kesudian Cik Fazihah & Puan Widyawati datang ke ruma eca tuk buat revision sebab eca tak larat nak jalan..dah nangis semalaman kan?!.huhuhu~

Berkat nangis-studygroup-doa-usaha,akhirnya eca TAWAKAL dengan result semester kali ini.


Sebenarnya tak expect la dapat neyh.Sebab sebenarnya rasa result bawah 3.50 je memandangkan untuk paper Educational Management, assignment eca buat rasa macam tak lengkap..yela eca oi, Prof ko minta 10 Kualiti Kepimpinan, ko bagi 9 kenapa?!..Dahlah exam ko guna minyak goreng banyak sangat,tak cukup minyak goreng, ko pakai SNIPER lak~~bertuah punya budak eh eca ne!!!..paling tak sangka paper Research Methods, yelah masa tu kan...eca busykan diri sendiri gi amik upah siapkan thesis orang lain.terbaik tau tak hidup ko eca!!!Nasib baik assignment sendiri boleh tahan mantap..nasib baik masa exam ko dilimpahi idea jatuh ke kertas jawapan kan kan..kalau tidak, tak merasa angka 4 tu.kekekekeke~

Terima Kasih Ya Allah atas peluang ini.
Terima kasih Family sebab sentiasa SUPPORT.
Terima kasih rakan-rakan blogger yang mendoakan eca.
Terima kasih & Tahniah buat Cik Fazihah, Puan Widyawati & Cik Rosnira serta semua members dalam Kumpulan 3 Master of Education Management, kita ROCK semester 2!
ohya, terima kasih exbf sebab tanpa tekanan itu, tak mungkin daku setabah ini.

so, moral of the story, boleh tak putus cinta pastu buat lagi baik masa exam?!..kekeke.


perjalanan dua tahun masuk semester dua dah.
semoga terus tabah!
nasib baik result gempak gak, kalau tidak risau gak biasisiwa PAMA kena tarik.kekekeke.