Zip Borneo hilangkan gayat anda!

Zip Borneo hilangkan gayat anda!

Assalammualaikum.(tak jawab dosa, kalau jawab sayang!)

eca nak kongsi satu RAHSIA....eca kan sebenarnya seorang yang GAYAT.Teringat masa PLKN dulu, nak cuba Flying Fox, fuhhh menggigil-gigil tau!..Masa nak  mula tu, siap berjela-jela zikir dibaca.Even sampai dipenghujungnya pun, eca masih menggigil-gigil.Kata kawan eca, "muka ko pucat, kaki bergegar"....tapi sebenarnya, excited tau.Rasa nak naik balik pun ada...kakakaa~...bila dah tua-tua sikit ne, terasa lak nak berflying fox bagai..nak abselling, pendek kata nak try semua sukan lasak yang tak sempat nak buat masa PLKN dulu.

and yes, I meant it.Kalau ada yang berhampiran dengan tempat eca kan senang...ditakdirkan pulak satu hari tu, eca tengah survey-survey tempat menarik sebab nak "paw" mama bawak gi bercutiiiiiii (survey kat website Virtual Malaysia je, kata 2014, Tahun Melawat Malaysia) ,terjumpa pulak satu tempat yang awesome ne...Zip Borneo, salah satu tempat untuk menguji ketahanan fizikal & mental!...meh meh review sikit tentang Zip Borneo.
Zip Borneo merupakan satu zipline terpanjang di Borneo.Antara aktiviti yang dijalankan disini ialah abselling, climbing, tali aras tinggi & zipline (ala-ala flying fox dengarnya!).
terletak di Kiulu, iaitu 15minit perjalanan selepas pekan Tamparuli.Untuk pelancong luar ataupun sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan, Zip Borneo menyediakan perkhidmatan kenderaan pergi & balik sebanyak RM60 sahaja. (tempat tu tak sampai 30minit je dari rumah eca.bawak eca please!)
Aktiviti sukan lasak diadakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi (jam 9 - jam 12) dan sesi petang (jam 2 - jam 5).Terdapat beberapa pakej menarik yang ditawarkan kepada pengunjung dengan harga berpatutan.

jom kita tengok pulak apa yang ada di Zip Borneo neyh :

jangan tengok bawah, jangan tengok bawah, tengok kamera je *orang gayat macam eca, mesti cakap camne kan?*

ada INSTRUCTOR yang terlatih untuk mengawasi anda, so TAK PERLU RISAU!

masyaallah, cantik pulak tempat ne kan.Antara kawasan kat Zip Borneo tu.Kalau datang buat wedding photoshot jak, boleh ka Bos?kasi harga kawan-kawan bha, orang Sabah gia ne~ kekekekeke~

kalau nak tengok gambar lain, boleh lawat website ZipBorneo.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi :
Telefon : 01380 88075 / 088 269 289
Fax      : 088 25 8289
Email   : fly@zipborneo.com

dan kalau korang masih tercari-cari Tempat Menarik di Malaysia & sokong Tahun Melawat Malaysia, boleh survey-survey kat website Virtual Malaysia...nanti leh update kat FB, Instagram, Twitter terus hashtag #vmy2014, trendingkan #vmy2014 , so secara tak langsung dapat menarik minat pengunjung luar datang ke negara kita,betul tak?!

Kesat minyak pada kuali,
Mohon sental kuat-kuat,
Zip Borneo kita kunjungi,
Moga hilang perasaan gayat.

Ayam penyet santapan pagi,
ditambah pula minum kopi,
Virtual Malaysia website terkini,
tempat menarik ada disini.
 
 Roti bakar bersalut kaya,
minum jus oreng nampak bergaya,
2014 Tahun Melawat Malaysia,
nak buat apa ke luar negara.


so, SOKONGLAH Tahun Melawat Malaysia.Sapa yang datang Sabah, meh roger-roger eca tau!
till then,stay Healthy, stay Positives.