Siapa Cantik?!....


Assalammualaikum.

eca tak tahu la, budak-budak ne umur berapa sebenarnya mula memahami maksud setiap perkataan.Macam anak sedara eca tu, dia dah mula berlawan cakap dengan mama sedara dia yang banyak songeh neyh.Kadang-kadang kalau dia dah tak mampu tu, mulalah dia marah-marah.Ada sekali tu, terus nyanyi lagu injet-injet semut tau...macam ne jadi liriknya :

injet-injet semut,
siapa sakit naik Mama Ca!!!

eca apalagi, kalau dia dah mula gitu..makin galaklah daku pekena dia!.Kata anak sedara comel...eh eh, hari tu, kitaorang lepak-lepak atas katil eca, eca dengar lagu Erry Putra "macam cantik je"...Seronok sangat dengar lagu sampai ulang dua tiga kali..Last-last eca cakap kat babychenta, "Siapa cantik?"...dia selamba cakap, "Mama Ca....".EH eh, pastuboleh pulak dia gi cubit pipi eca kiri kanan sambil cakap, "macam cantik jeeee, macam comel jeee".....haha!jelous lah tu mama sedara dia ada lesung pipit.

Tahu kan budak-budak kecik tak reti menipu...so,sajalah memain dengan babychenta.Sajalah nak berlawanan dengan budak yang baru nak menyusun ayat tu...ne dialog kami masa nak makan ramai-ramai kat rumah eca.

Eca : Mama Ca ada coki-coki, siapa cantik?
babychenta : mama caaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
Eca : oooo tapi Bapa Ijam ada McD, siapa cantik?
babychenta : bapa jamm.
Eca : aiiii, mummy ada KFC tuuuu, siapalah cantik?
babychenta : mestilah mummyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!. (masa ne kuat suara dia..dah feed-up kot kena tanya..amik kaw nak dapat mama sedara yang sewel sikit neyh!)

sesi SELFIE mama ca + nurul hasanah yang solehah.

hah, tu dia anak sedara daku yang comel tu.Dia ne ada jealous sikit tengok lesung pipit orang tau.Selalu jadi mangsa pipi eca la....Nak buat camne, dia takde lesung pipit tapi kamu masih comel ya Nurul Hasanah.So, eca buatlah rumusan, maybe kat mata anak sedara eca ne, orang yang ada lesung pipit ne cantik comel gitu.Dia tak tahu lagi makna cantik neyh...hehehe.Anak-anak, anak sedara ke, adik-adik korang umur 3tahun dah tahu ke erti setiap perkataan yang dorang kenal?!.....


last but not least,
Semua wanita itu cantik.
Cantik akhlaknya,
Cantik hatinya,
Cantik rupanya,
Kamu yang mana satu?!
tepuk dada, tanya hati akal iman.