Kenapa Cikguuuuuuuuuuuuu?!

Kenapa Cikguuuuuuuuuuuuu?!

Assalammualaikum.

Tugas cikgu nampak mudah, sangat mudah.
masuk ke kelas, bercakap dan memberi tugasan,
loceng berbunyi terus keluar kelas...
itu kalau satu kelas, dibuatnya sehari 3-4 kelas, sangat mudah kan?

Tugas cikgu nampak senang, takde payahnya.
Hujung minggu cuti, Cuti Am tentu cuti, cuti sekolah panjang...
sakan cuti, ye dak?
tapi, hujung minggu ada aktiviti kokum, cuti am menyemak kerja pelajar, cuti panjang dipanggil kursus...
tak payah ada cuti, lagi senang kan?

Tugas cikgu hanya mengajar, itu aje.
Pelajar sakit, cikgu jadi doktor.
Pelajar bermasalah, cikgu jadi polis.
Pelajar tension, cikgu jadi kaunselor.
amboi, da serupa pelakon tukar-tukar watak.


dah tu KENAPA JADI CIKGU?
gaji cikgu besar,
        kalau hati tak ada, apa guna?
title cikgu sampai ke mati,
        kalau jasa tak tertaburi, kemana arah?
cikgu semua cantik,
        cantik budi  cantik rupa, adakah sama?


jadi cikgu, jadilah cikgu
pada hati letakkan jiwa
pada jasad letakkan rohnya
pada manusia biar berjasa
di akhirat kelak mendapat pulangannya.


Kenapa Cikgu jadi pilihan eca?!
usah ditanya andai dari kecil itulah cita-cita.
Melihat sebatang kapur dan sebuah papan tulis hitam, bagai melihat sebuah ferari dan sebiji banglo
Membimbit buku diselitkan rotan, bagai membawa sniper membunuh kebodohan
gila bukan imaginasi?!...hanya cikgu yang mengerti.
jadi, Selamat Hari Cikgu, cikgu~
tahniah kerana menjadi lilin membakar diri,
tahniah kerana menjadi pembunuh pada satu kebodohan,
tahniah kerana memanusiakan manusia.
Tahniah Cikgu~

Cikgu & Pensyarah, Tadika Lok Yuk Kudat, SK Lok Yuk Tamalang, SK Lok Yuk Bt 1 Kudat, SMK Abdul Rahim Kudat, SM Lok Yuk Kudat, SMK Kota Marudu, SK Gumandang Kudat, Universiti Tun Abdul Razak Sabah, Ceria Educational Centre, Universiti Malaysia Sabah...especially kaum kerabat eca yang rata-rata pegang title Cikgu, Rakan Seperjuangan Group 3 MEM 2013/2014 & diri sendiri khususnya.
SELAMAT HARI GURU.



p/s : 16 Mei Hari Guru.17 Mei gua ulang tahun 25tahun 4bulan, silakan beri dua hadiah.