Adat ooo Adat


Assalammualaikum.

beberapa hari yang lepas, BF hantar satu whatsapp yang mengejutkan tapi buat eca ketawa tak ingat dunia...sumpah, masa baca tu...rasa macam nak hempuk-hempuk encik cintahati.Masa tu, eca baru habis tengok ceta Tagalog TV3...urm, whatsapp tu bunyi macam ne :-

"Yang betul kah...? Bilang kwn... Adat bajau kawin, wang hantaran tu kira tiang umah?Hehehe...Tiang umah yayang ada berapa?"
bilang = kata = cakap


Daku apa lagi, suka sangatlah soalan beliau ne.Terus tanya, "tiang rumah mana?yg di Kudat, KB, KM atau Telipok?!...hahaha.Sesaja tau menambah sakit kepala encik cintahati.hikhik ^-^
Tapi yang sebenarnya, suku kaum bajau KB, takde pun adat-adat macam tu.Kira tiang rumah segala, dibuatnya rumah aku takde tiang, acaner nak bagi wang hantaran?!...kawen preeeee lah ne?kuikuikui.Eca pun ada tanya kat whatsapp group family..ada ke tidak adat-adat macam tu.Anak sedara cakap, tiada adat-adat macam tu.Kaum murut kot kata anak sedara, tapi bila tanya kawan, lagilah takde adat-adat macam tu...so, kira tiang tu adat sapaaaa?!.ke adat korang buat sendiri.Kalau camtu, bila daku ada anak sendiri, nak request kat encikcintahati, nanti kita kawen, nak buat rumah tiang seribu boleh?!.kekekekeke,mataduitan betul dak eca ne.


Bila cakap pasal adat ne, kadang-kadang rasa menyusahkan juga.Yela, ada antara adat tu sudah tidak releven pada zaman globalisasi ini.So, dari kita je nak ikut ke tidak kan?!..Kalau yang rasa masih berbaloi, tak salah nak ikut.Tapi kalau dah menyusahkan, tak yah lah!.Contohnya, adat sebelum kahwin, pengantin tak leh pijak tanah.Dibuatnya tandas rumah ko di luar, acaner?!..takkan tak mandi sampai majlis kahwin kan. *eh, ada lagi ke orang buat tandas kat luar rumah zaman camne?*

Ataupun, adat bagi kerbau tuk pengantin perempuan.Dibuatnya bakal pengantin lelaki jauh, camne nak bawak kerbau tu?!...aish, melalut betul da eca ne.Sebenarnya nak cakap, adat yang baik, kita buat.Yang tak baik, takyah buat.Bukan membelakangkan adat, tapi nak mudahkan majlis bina masjid kan?!...

Macam kawan seopis cakap, "Ikut adat, nak kawen kena ada duit.Tapi, menurut Islam, nak ada duit, kena kawen"...pendek kata, jangan sampai adat ke mana, majlisnya ke mana.pendapat korang pulak?!
Adat ooo Adat