Resepi Ayam Masam Manis


Assalammualaikum.
lama tak update blog, rasa nak share beberapa resepi....dulu rajin masak, sekarang rajin hulur duit kat kedai makan!.haha~

resepi ayam masam manis gambar ayam masak masam manis

Resepi Ayam Masam Manis

Bahan-bahan :
  • Ayam *goreng dengan sedikit tepung kanji
  • Timun *potong dadu
  • Nenas *potong dadu
  • Lada *optional kalau nak pedas-pedas
  • Bawang Merah+Bawang Putih *tumbuk halus
  • Sos Plum
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • Air,Garam,Secukup Rasa,Minyak

Cara masak :
  • Ayam tu goreng dengan tepung kanji biar sampai kekuning-kuningan
  • Tumis bawang biar bagi wangi satu taman.
  • Masukkan sos plum, sos tomato, sos cili..takyah banyak sangat yer!
  • Tambahkan air dan kemudian masukkan timun,nenas,lada merah
  • Then, masukkan ayam yang telah digoreng.
  • Bagi pekat sos, campurkan garam dan secukup rasa ikut selera tekak korang
  • sedia dimakan dengan nasi putih.

kurang 30minit je masak..siap satu hidangan...sesuai sangat makan dengan nasi putih panas-panas,konfirm la tambah nasi dua kali kan?!.ngeeee...dah dah, gi sedia bahan & masak :)


errr, makcik...saya habis belajar lagi 6 bulan kot! #hintsejabhadulu.